Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

251) PROGRAM BAYARAN TUNGGAKAN SEWA SECARA KHIDMAT KOMUNITI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program pembayaran tunggakan sewa rumah PPR Lembah Subang secara melakukan khidmat komuniti. Berapakah bilangan keluarga yang terlibat dalam program ini ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kejayaan perlaksanaan program tersebut ?

    Klik jawapan »

252) HUTANG SYARIKAT TALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak hutang syarikat Talam yang telah berjaya dikutip balik oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana wang yang dikutip ini digunakan untuk kebaikan rakyat Selangor? Sila senaraikan?

    Klik jawapan »

253) SISTEM PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Alam Flora bagi memastikan sistem pelupusan sisa pepejal sekarang lebih cekap dan berkesan.

  2. Adakah kerajaan negeri merancang menggunakan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal yang lebih baik dan mesra alam sekitar.

    Klik jawapan »

254) PEMBELIAN AIR DARI PAHANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan sebab-sebab negeri Selangor membeli air dari Pahang.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah rakyat boleh dijamin oleh pihak berkenaan supaya air yang disalurkan dari Pahang tidak di cemar oleh racun Cyanide.

    Klik jawapan »

255) TANAH PERKUBURAN CINA DAN INDIA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah tanah-tanah perkuburan masyarakat kaum Cina dan India tidak dijaga dan dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan bebanan rakyat jelata di dalam menanggung kos perbelanjaan pengebumian yang pada masa kini semakin meningkat di kalangan masyarakat kaum Cina dan juga India?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008 dan juga tahun 2009 bagi tujuan menjaga dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di perkuburan masyarakat kaum Cina dan India?

    Klik jawapan »

256) PINJAMAN MIKRO KREDIT DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Bilakah skim di atas akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang berhak mendapat pinjaman berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat dikenakan?

    Klik jawapan »

257) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan.

    Klik jawapan »

  2. Sila perjelaskan apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan walaupun sudah berulang kali masalah yang sama telah diutarakan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan statistik terkini jumlah kemalangan yang berlaku dari Jan hingga Jun tahun 2010 dan nyatakan kaedah yang berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan tersebut ?

    Klik jawapan »

258) PENYELARASAN SEWA RUMAH PPR DARI RM 250 KE RM 124

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini berapa banyak keluarga yang telah diselaraskan sewa mereka dari RM 250 ke RM 124 di perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan perumahan PPR Putra Damai , Lembah Subang ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pula dengan tunggakan sewa penduduk yang dijumlahkan mengikut kadar RM 250, adakah ianya juga akan dikurangkan jika penduduk tersebut layak ke kategori sewa RM 124 sebulan ?

    Klik jawapan »

259) PERANAN PBT DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan yang di mainkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam memastikan gejala sosial yang berlaku sekarang ini dapat dibendung terutamanya dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah kekuasaannya

    Klik jawapan »

260) TANAH RIZAB UNTUK SEKOLAH TAMIL DAN CINA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah tapak telah diwartakan sebagai tanah rizab sekolah Tamil dan Cina? Sila senaraikan semua tempat dengan butir-butirnya.

    Klik jawapan »