Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
261) RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah pangsa kos rendah di mana tiada ejen atau pemaju yang ingin menguruskannya?
-
Apakah langkah untuk menguruskan rumah pangsa kos rendah ini demi kebajikan penduduk?
262) PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menebat banjir di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib sejak Tahun 2008 sehingga Bulan Oktober 2013? i) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina kolam takungan air di Pekan Banting untuk menyelesaikan masalah banjir? ii) Apakah perancangan jangka pendek dan panjang untuk meleraikan masalah banjir di Pekan Banting oleh Kerajaan Negeri?
263) PENGGUNAAN INSINERATOR BAGI MENANGANI MASALAH SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian dan perancangan kerajaan negeri berkenaan penggunaan Insinerator bagi menangani masalah sampah?
264) MELAHIRKAN GRADUAN YANG BERPENGETAHUAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor berpendapat, matlamat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, cemerlang dan beradab masih belum tercapai sepenuhnya. Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan pendapat ketua audit negara?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan KUIS mampu mencapai matlamatnya?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah yang dinyatakan dalam laporan ketua audit berkaitan KUIS?
265) SEMESTA BERI KEBENARAN UNTUK KONTRAKTOR PEMBERSIHAN PASIR LONGKANG KONKRIT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan kontraktor pembersih pasir di longkang-longkang monsun dapat melakukan pelupusan pasir yang telah dikorek dan dilonggokkan supaya masalah banjir kilat dapat dielakkan dari berlaku?
266) PELUANG PEKERJAAN DAN PROGRAM BAGI GOLONGAN REMAJA DAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan untuk anak Selangor terutamanya golongan remaja dan belia?
-
Bagaimanakah kerajaan memperbanyakkan lagi program sedia ada bagi membantu golongan remaja dan belia?
267) PERUMAHAN-PERUMAHAN KUARTERS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap perumahan-perumahan kuarters sama ada milikan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan yang usang dan terbiar di Kuala Kubu Bharu
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap rumah kuarters berdekatan dengan pasar awam Ulu Yam Baru?
268) LESEN BURUNG WALIT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri menyambut baik perusahaan burung walit di Negeri Selangor?
-
Apakah syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada pengusaha burung walit untuk dipatuhi?
-
Bagaimanakah kerajaan hendak memastikan semua pengusaha burung walit mempunyai lesen dan adakah harga lesen signifikan dengan kos-kos / rugi yang perlu ditanggung oleh setiap pengusaha?
269) GALAKAN DAN INSENTIF BERNIAGA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri ke arah melahirkan usahawan muda?
-
Nyatakan galakan dan insentif berniaga yang diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan muda?
-
Senaraikan program dan jumlah usahawan yang telah menikmati bantuan ini?
270) TAPAK PERKUBURAN BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan tapak perkuburan bukan Islam?
-
Sila nyatakan lokasi krematorium yang dimiliki PBT?
-
Sila nyatakan lokasi yang sesuai di MPSJ untuk membina ÒFuneral ParlourÓ