Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
321) BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG NAQSYABANDIAH, KAJANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kampung Naqsyabandiah, terletak kira-kira 4 km daripada Bandar Kajang. Ia berada dalam DUN Semenyih. Sehingga kini, kampung ini tidak mempunyai bekalan air bersih. Mohon penjelasan apakah perkembangan projek membekalkan air bersih di situ seperti tender yang pernah dikeluarkan pada 2013
322) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah bilangan kes yang berjaya diselesaikan dari 2012-2013 mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan khusus yang dilakukan untuk memperkasakan Institusi JAKESS?
-
Sila nyatakan jumlah jawatan kosong yang masih belum diisi oleh JAKESS mengikut pecahan daerah?
323) BAN PECAH KAMPUNG SUNGAI TENGAR UTARA,SABAK BERNAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedahyang digunakan oleh JPS dalam menambak semula ban tersebut?
-
Adakah kerajaan ada perancangan khas untuk memastikan ban-ban tersebut terus kukuh dan selamat kepada penduduk tempatan?
324) CAJ ABSTRAKSI SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini pelaksanaan kutipan caj abstraksi sumber air mentah oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu bantahan caj abstraksi sumber air mentah yang dibangkitkan oleh penternak akuakultur?
325) KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membantu golongan kelas menengah menangani kenaikan kos sara hidup?
326) PEMBEKAL BUKAN BUMIPUTRA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah peluang atau ruang untuk pembekal dan kontraktor bukan bumiputra untuk mendapat kontrak kerajaan negeri, PBT, agensi kerajaan dan anak syarikat kerajaan?
-
Berapakah perolehan yang didapat daripada kontraktor bukan bumiputra berbanding kontraktor bumiputra untuk 2012, 2013, 2014
327) PROJEK LEBUHRAYA DAMANSARA- SHAH ALAM (DASH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri tidak bersetuju dengan perlaksanaan projek DASH yang akan dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di negeri Selangor?
328) TRANSAKSI TANAH OLEH ECO WORLD DI IJOK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah kemusykilan yang dihadapi oleh MBI dan Eco World dalam transaksi tanah di Ijok?
-
Apakah kesan yang timbul terhadap kerajaan negeri dalam transaksi ini?
329) WABAK DENGGI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah Pelan Tindakan Mencegah Denggi yang telah dan akan dilaksanakan di Selangor?
-
Sejauh mana keberkesanan program mencegah denggi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapa banyak kos dibelanjakan bagi melaksanakan program atau tindakan mencegah denggi?
330) TANAH PERKUBURAN BERSEPADU DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Cadangan ini masih belum menjadi kenyataan sehingga sekarang walaupun keperluan rakyat Selangor terhadap tanah perkuburan semakin meningkat. Mengapakah kerajaan tidak melilhat perkara ini sebagai perkara serious dan tidak menawarkan cara penyelesaian alternative untuk mengatasi masalah ini?