Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
311) APAKAH LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MENGATASI ISU SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu sampah yang tidak berkesudahan di DUN Selat Klang walapun MPK telah menyambung kontrak kutipan sampah bersama KDEB? Tetapi sehingga hari ini kami masih merima aduan dari penduduk tentang sampah-sampah seperti longgokan sampah di bahu-bahu jalan, sampah pukal tidak dikutip sehingga berbulan-bulan terbiar.
-
Longgokan sampah di bahu-bahu jalan
sampah pukal tidak dikutip sehingga berbulan-bulan terbiar. -
Berapakah kekerapan pusingan sampah-sampah tersebut di kutip untuk setiap hari dan berapa kerapkah kutipan sampah-sampah di rumah-rumah penduduk? kami banyak menerima aduan mengatakan banyak sampah-sampah tidak di kutup dan berbau,berulat ini boleh menyebakan kesihatan panduduk.
312) MASALAH KEBANJIRAN WARGA ASING DI SELANGOR DAN SELAT KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diamabil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing di Bandar Sultan Suleiman? Banyak kedai-kedai haram yang dibuka oleh warga asing untuk berniaga tanpa kebenaran dan berlakunya kekotoran ,keselamatan,seperti longgokan sampah merata-rata,mabuk,pergaduhan sesama warga asing,ini boleh menyebabkan ketakutan pedapa penduduk di kawasan berkenaan.
313) APAKAH STATUS PERLANCONGAN NEGERI SELANGOR PADA MASA KINI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelancongan Negeri Selangor pada masa kini,berapakah jumlah kemasukan pelancong luar negara dan domestik,apakah jumlah anggaran tourist recaipt yang diperolehi oleh Negeri Selangor?
314) APAKAH FUNGSI DAN TUGAS SEBENAR PENYELARAS DUN DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah fungsi dan tugas sebenar penyelaras DUN di Selangor yang dilantik bagi kawasan DUN Pembangkang,ada aduan dari penduduk menyatakan adun penyelaras tidak membantu rakyat dan tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.
315) APAKAH KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI BAGI MENGUTIP CUKAI PINTU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah keadah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip cukai pintu yang baru diwar-warkan oleh YB EXCO, adakah ianya hanya tertakluk di kawasan kampung-kampung tradisi dan bagai mana pula dengan kawasan kampung baru adakah mereka juga dikenakan cukai pintu salain dari membayar tol?
316) TUGAS AHLI MAJLIS KAWASAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Sila perjelaskan tugas secara terperinci tugas- tugas dan tanggungjawab Ahli Majlis . Ini akan mengelakkan pertindihan tanggungjawab dari Wakil Rakyat dan Ahli Majlis.
317) PERANAN PENGERUSI JPKK ( KETUA KAMPUNG )
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan ketua kampung dalam menjalankan tugas di kawasan yang dilantik? Apakah ciri - ciri dan asas perlantikan mereka supaya mereka ini lebih profesional dalam menjalankan tugas?
318) BANDAR CYBERJAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan yang dibuat untuk menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah bandar yang bersih dan bestari?
-
Adakah Kerajaan bercadang ingin menghubungkan Bandar Cyberjaya dan Cyber South bagi mengelakkan kesesakan dan manfaat pada kawasan lain seperti Bukit Damar?
319) KAMPUNG ORANG ASLI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan Kampung orang asli di Dengkil seperti Kampung Orang Asli Bukit Tadom sebagai kawasan pelancongan baru dengan tarikan yang tersendiri?
320) JALAN DENGKIL – BANTING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah Langkah kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya di Banting ke Pekan Dengkil? Adakah peruntukan boleh disediakan untuk menyelesaikan kesesakan yang tak berkesudahan , pembesaran dan baik pulih jalan dari Dengkil sehingga ke Banting?