Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
191) TABUNG PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI (TEPAT)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi, jenis projek dan jumlah rumah yang telah dipulihkan.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan TEPAT.
192) PELARIAN UNCHR DI SELANGOR TINGGAL DI RUMAH PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri berkenaan pelarian-pelarian memegang kad UNCHR semakin bertambah yang berpuluh-puluh tinggal di rumah pangsapuri kos rendah yang sama?
-
Sama ada terdapat mekanisma untuk menangani cabaran ini yang telah membebankan JMB/MC dalam pengurusan sampah dan sebagainya
193) KAWASAN PERINDUSTRIAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi kawasan perindustrian di Selangor mengikut PBT
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan alam sekitar di kawasan-kawasan perindustrian?
194) TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kedudukan kewangan terkini TSSB dari tahun 2013-2015.
-
Senaraikan nama, gaji, elaun dan kemudahan yang diterima Ahli Lembaga Pengarah TSSB.
195) PENIAGA WARGA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peniaga warga asing di Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan jumlah saman dan tindakan undang-undang kepada peniaga warga asing pada tahun 2016.
196) HASIL PASIR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah pengurusan hasil pasir Selangor?
-
Nyatakan jumlah bayaran royalti, keuntungan sebelum cukai dan hasil jualan pasir pada tahun 2016.
197) URUSAN SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk membaiki dan menambahkan bilik kelas sekolah rendah agama di Selangor?
-
Berapakah lama untuk memproses satu permohonan untuk membaiki bangunan sekolah rendah agama?
198) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah ibadat selain Islam di Selangor mengikut agama?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan semua agama di Selangor terus kekal aman dan harmoni?
199) TANAH PERKUBURAN INDIA JALAN KENANGAN MERU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan memagar dan merata tanah di perkuburan tersebut?
-
Apakah status pencerobohan menduduki di tanah tersebut?
-
Berapakah anggaran kos kerja-kerja tersebut?
200) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan menambahbaik skim ini seperti menggalakkan komunikasi ataupun bantuan ketika masih hidup selain daripada Jom Shopping?