Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

161) BOLEHKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENGANTIKAN KAWASAN PEKUBURAN BARU DI KAWASAN PERKUBURAN BARU SUNGAI SIREH.

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis


  1. Kawasan perkuburan KG Sungai Sireh telah digunakan untuk menanam pesakit-pesakit COVID pada masa yang lepas menjadikan kawasan tersebut telah di penuhi,saya ingin bertanya apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengantikan kawasan perkuburan baru kepada penduduk Kampung Sungai Sireh?

    Klik jawapan »

162) MENAIK TARAF JALAN PEKAN DENGKIL KE OLAK LEMPIT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf jalan dari simpang tiga Dengkil ke jalan Olak Lempit bagi laluan FT31 Jalan Banting-Semenyih?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jumlah lorong dari satu lorong kepada dua lorong bagi laluan FT31 Jalan Banting-Semenyih bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas?

    Klik jawapan »

163) SUMBANGAN BANJIR BANTUAN SELANGOR BANGKIT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah data Ketua Isi Rumah (KIR) bagi permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat? Nyatakan secara khusus permohonan yang diluluskan dan juga permohonan yang ditolak.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan Bantuan Selangor Bangkit yang dilaporkan terdapat ketirisan khususnya permohonan yang bertindan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat penambahbaikan Bantuan Selangor Bangkit bagi memudahkan pemohon bantuan banjir?

    Klik jawapan »

164) PENAMBAHAN RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH IDAMAN DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menambah projek perumahan Rumah SelangorKu dan Rumah Idaman di Daerah Sepang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan kenaikan kos harga barang binaan dan berapakah kos terkini bagi Rumah SelangorKu dan Rumah Idaman seunit?

    Klik jawapan »

165) MENAIK TARAF MASJID DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil dan juga Masjid Al-Mustaqim, Kg Dato' Abu Bakar Baginda yang melebihi kapasiti jemaah masjid?

    Klik jawapan »

166) CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN LUAR BANDAR (DAERAH SEPANG DAN KUALA LANGAT)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menaik taraf capaian internet di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Pulau Meranti Tambahan, Sungai Merab, Desa Putra, Kg Limau Manis, Bukit Changgang, Labohan Dagang dan Olak Lempit?

    Klik jawapan »

167) KERJA MENAIK TARAF LONGKANG DI DAERAH SEPANG DAN DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status kerja-kerja menaiktaraf longkang tanah kepada longkang konkrit di laluan FT 31 Banting-Semenyih dan bilakah kerja-kerja ini dijangka siap?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status kerja-kerja membaiki longkang rosak di laluan FT 31 Semenyih-Banting Kuala Langat dan bilakah kerja-kerja ini dijangka siap?

    Klik jawapan »

168) BANTUAN BANJIR BAGI PREMIS PERNIAGAAN, PENTERNAKAN, PERTANIAN DAN MAAHAD TAHFIZ

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu peniaga dan penternak yang telah mengalami kerosakan peralatan perniagaan dan juga kematian haiwan ternakan disebabkan banjir teruk yang berlaku pada Disember 2021?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu meringankan beban pengusaha-pengusaha Maahad Tahfiz dan sekolah-sekolah pondok yang telah mengalami kerosakan harta benda disebabkan banjir yang berlaku pada tahun Disember 2021?

    Klik jawapan »

169) MENAIK TARAF KAWASAN MELETAK KENDERAAN DI SEKOLAH DAERAH SEPANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang menaik taraf kawasan meletak kenderaan di SK Kota Warisan dan SMK Bukit Puchong 2 bagi kemudahan kepada guru dan staf di sekolah tersebut?

    Klik jawapan »

170) PROGRAM SELANGOR JOB FAIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keberkesanan Program Job Fair Selangor yang diadakan pada tahun lalu (2021) dalam menyediakan peluang pekerjaan terutamanya untuk golongan belia?

    Klik jawapan »