Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
291) TUNTUTAN PAMPASAN OLEH MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DARIPADA SYARIKAT INSURANS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Sehubungan dengan permohonan pampasan kerugian kewangan mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Permai 2 ditolak syarikat insurans, setelah menunggu keputusan selama satu tahun setengah, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan untuk memberikan pampasan kepada mereka yang terbabit?
292) MASALAH KETIADAAN INFRASTRUKTUR JALAN KAMPUNG NELAYAN DI I LOT PTNO.821,PEKAN PASIR PENAMBANG KUALA SELANGORI BAGAN SUNGAI YU, PASIR PENAMBANG DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan berkenaan tuntutan penduduk berkenaan ketiadaan jalan keluar masuk ke kampung mereka?
-
Adakah Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor akan menjalankan pengukuran semula dibawah seksyen 353(1) Kanun Tanah Negara,1965 bagi tanah yang disebut seperti arahan mahkamah yang dikeluarkan?
293) WARGA ASING BERNIAGA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah penguatkuasaan kepada peniaga warga asing yang semakin berleluasa menyewa premis perniagaan?
-
Apakah prosuder yang melayakkan bukan warga negara menyewa dan berniaga di premis bawah pihak berkuasa tempatan?
-
Bagaimana kerajaan menangani pemilik perniagaan warga tempatan, tetapi diusahakan warga asing?
294) PEMBANGUNAN KUARTERS PEKERJA SETEMPAT (CENTRALIZED LABOUR QUARTERS)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri ada merancang dalam pembinaan pembangunan Kuarters Pekerja Setempat (Centralized Labour Quarters) yang selari dengan pembangunan industri yang pesat?
295) PELEPASAN KARBON LOJI TENAGA HIJAU SULTAN IDRIS SHAH (SISGE)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional di sebalik Kerajaan Negeri meluluskan pembangunan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGE) dalam Belanjawan Selangor 2024 yang berpotensi membebaskan karbon dioksida sehingga 4,080 tan sehari?
-
Tidakkah inisiatif ini bertentangan dengan visi mengurangkan 40% pelepasan karbon menjelang 2030?
296) RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa kemajuan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh yang dijangka siap pada 4.4.2024?
-
Apakah jaminan bahawa rancangan ini dapat disiapkan mengikut tempoh jangkaan?
-
Sekiranya tidak siap, apakah langkah yang akan diambil untuk mengelakkan banjir yang bakal berlaku?
297) SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pegawai penguatkuasa PBT di seluruh Negeri Selangor?
-
Adakah penguatkuasa diberikan 'bodycam' semasa menjalani tugas penguatkuasa?
-
Berapakah jumlah kos jika ‘bodycam' diperuntukkan untuk penguatkuasa PBT di seluruh Negeri Selangor?
298) PEMBATALAN AUTOMATIK CUKAI TAKSIRAN KEPADA KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan akan menilai kelayakan penduduk kampung yang layak untuk mendapat pengecualian cukai taksiran secara automatik?
-
Adakah penduduk kampung yang terjejas perlu membuat permohonan pengecualian cukai taksiran automatik pada setiap tahun?
299) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SUNGAI SABAI KALUMPANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Inert Landfill di Sg. Sabai Kalumpang kepada Sanitary Landfill?
-
Berapakah unjuran jumlah penjimatan PBT apabila sampah sisa domestik ini mula dilupuskan di tapak pelupusan sampah Sg. Sabai Kalumpang berbanding di Bukit Tagar?
300) PENAMBAHBAIKAN SALIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan penambah baikan saliran di Jalan Bukit Meru, Kota Kemuning oleh JKR?
-
Bilakah tindakan tersebut akan diambil?