Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
281) PEJABAT INTEGRITI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan-peranan Pejabat Integriti? Adakah ia bebas sepenuhnya dari campur tangan pihak eksekutif?
-
Adakah Pegawai Pejabat Hisbah (Ombudsman) telah diwujudkan di Pejabat Integriti? Jika ya, sila namakan. Jika tidak, mengapa?
-
Berapakah kakitangan dalam Pejabat Integriti?
282) PENCAPAIAN MB BARU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan 10 pencapaian atau kebanggaan pada tahun pertama pentadbiran Y.A.B. Dato' Menteri Besar baru.
-
Apakah pencapaian dan rancangan untuk menambahbaik perkhidmatan asas PBT, terutamanya MBPJ?
283) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesesakan lalulintas di Bandar-bandar utama Negeri Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam?
284) HAK CAJ KAWASAN PARKIR AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri terikat dengan mana-mana perjanjian yang hanya melantik sebuah syarikat untuk mendapat hak menjalankan caj parking di PBT?
-
Apakah Kerajaan Negeri terus berdiam diri terhadap kesalahan-kesalahan menyalahgunakan lot-lot parkir kenderaan oleh peniaga-peniaga dan orang persendirian seperti bengkel kenderaan?
285) BAS SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan meluaskan liputan Bas Selangorku seperti di Puchong untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam meningkatkan sambungan jajaran antara stesen LRT dan Bas Selangorku?
-
Nyatakan butiran kos operasi setahun bagi menyokong perjalanan Bas Selangorku.
286) EKONOMI ANAK MUDA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah anak muda yang berjaya memohon rumah mampu milik di Selangor dan peratusannya daripada jumlah pemohon yang berjaya?
-
Berapakah bilangan kerja yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada Anak Muda sejak tahun 2013 hingga Julai 2015?
287) PENTERNAKAN IKAN LAUT DALAM SANGKAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri sedia mengkaji semula pengurangan kadar bayaran Lesen Pendudukan Sementara dari RM1 meter persegi ke kadar yang lebih rendah lagi Memandangkan inflasi negara kian Hari bertambah tinggi Dan juga GST yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat yang membebankan Rakyat?
288) KOMPETENSI JABATAN BAGI MELAKSANAKAN PERUNTUKAN RM600 JUTA WANG MARRIS SEHINGGA JUN 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan menurut PBT, berapakah daripada jumlah RM600 juta peruntukan MARRIS yang telah berjaya digunakan
-
Berpandukan ukuran yang ditetapkan Kerajaan, senaraikan tahap kompetensi semua PBT dalam menjayakan projek MARRIS.
-
Senaraikan menurut PBT, program-program latihan yang telah dilaksanakan
289) LESEN PERNIAGAAN PREMIS MAKANAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah lesen perniagaan premis makanan yang dikeluarkan di kawasan Kota Damansara dari Januari 2014 hingga Jun 2015?
-
Senaraikan premis makanan yang belum mempunyai lesen perniagaan di Kota Damansara?
-
Apakah tindakan bagi premis makanan yang tidak mempunyai lesen perniagaan?
290) LEBUHRAYA KIDEX
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri status Lebuhraya KIDEX setelah pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam dilaksanakan?
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri mengenai projek pembinaan lebuhraya baru yang lain seperti DASH, SKIP, EKVE dan SUKE yang dalam perancangan untuk dibina?