Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

261) ISU KESIHATAN DAN KESELAMATAN DI KAWASAN TANAH TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Sekiranya terdapat kawasan-kawasan tanah terbiar yang menyumbang kepada isu kesihatan seperti pembiakkan nyamuk ataupun haiwan liar seperti ular, apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri dengan kadar segera? (termasuk tanah persendirian dan kerajaan).

    Klik jawapan »

262) KEPERLUAN MENAIKTARAF KLINIK-KLINIK DESA DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang akan dan sudah di ambil oleh kerajaan dalam menaiktaraf kemudahan dan struktur klinik-klinik desa di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan dalam menangani isu kepadatan pesakit di klinik-klinik desa terutama di sekitar Dun Sungai Kandis?

    Klik jawapan »

263) LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL DAN PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini termasuk jumlah peruntukan Lembaga Pelawat Hospital di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

264) PEMBANGUNAN MASJID DAN SURAU 2019

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Berapa Masjid yang akan dibina dengan bantuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pada tahun 2019? Sila senaraikan mengikut Daerah.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan untuk membantu membangun surau-surau baru pada tahun 2019?

    Klik jawapan »

265) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. PTRS hanya dilaksanakan selama satu tahun, manakala biasanya murid-murid perlu lebih daripada setahun untuk menyediakan diri mereka demi menghadapi pemeriksaan SPM. Adakah program ini memang berkesan dan bagaimanakah kerajaan mengkaji keberkesanannya?

    Klik jawapan »

266) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan baikpulih SRA pada tahun ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada Borang Permohonan khas yang digunakan untuk memohon peruntukan tersebut?

    Klik jawapan »

267) PENGAMBILAN TANAH UNTUK PROJEK TALIAN PENGHANTARAN 500KV LOJI JANAKUASA TADMAX DI PULAU INDAH KE PMU OLAK LEMPIT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan pengambilan tanah untuk ini. Sebahagian tanah yang terlibat terletak di Kampung Pulau, DUN Banting. Apakah rasional kerajaan meluluskan permohonan ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pengambilan tanah akan diteruskan sekiranya pembinaan loji janakuasa ini dibatalkan?

    Klik jawapan »

268) MENAIKTARAF TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf taman perumahan yang telah berusia melebihi 30 tahun ekoran permasalahan infrastruktur dan perparitan yang tidak diselenggara dengan baik?

    Klik jawapan »

269) MB INCOPORATED (MBI)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut


  1. Pada 2018, berapa jumlah gaji yang diberikan untuk kakitangan pegawai MBI?

    Klik jawapan »

270) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Selepas penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma, fokus diberi kepada golongan B40. Apakah tafsiran golongan B40 yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam program air percuma ini? Adakah hanya mereka yang berdaftar atau berada dalam data E-Kasih?

    Klik jawapan »