Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
241) PEMILIKAN DAN PERMOHONAN TANAH OLEH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pekeliling yang membenarkan pegawai kerajaan negeri untuk memohon serta memiliki tanah dan perumahan kos rendah.
-
Apakah polisi kerajaan negeri yang terbaru dalam membenarkan kakitangan kerajaan memohon tanah dan membeli rumah kos rendah atau kemudahan lain kerajaan negeri?
-
Badan manakah yang bertanggungjawab memproses dan meluluskan segala permohonan tersebut?
242) MODERN PIG FARMING DI TUMBUK
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan Projek Modern Pig Farming di Tumbuk sekarang?
-
Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri semasa ingin melaksanakan projek ini?
-
Sehingga kini, ada berapakah syarikat-syarikat yang sedia bekerjasama melaksanakan projek in?
243) KENDERAAN RASMI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dengan saman ekor, minta nyatakan jumlah sama dan amaun denda yang telah dibayar dan jumlah tunggakan?
244) SKIM PERUMAHAN MILIK PEKERJA LADANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah -langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan Skim Perumahan Milik Pekerja Ladang di Negeri Selangor?
-
Bila Skim ini akan dikuatkuasakan ?
-
Apakah syarat dan terma yang akan dikenakan di bawah skim ini ?
245) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN BADAN-BADAN BERKANUN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas anak-anak syarikat dan badan-badan berkanun Kerajaan Negeri yang dormant? Sila nyatakan perancangan Kerajaan Negeri ke atas badan berkanun Institut Perkembangan Minda (INMIND)
246) ELAUN GURU KAFA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 14: ÒPada pendapat Audit, pembayaran elaun Guru KAFA adalah tidak memuaskan walaupun Kerajaan Negeri telah menaikkan elaun berjumlah RM1,000 mulai bulan Januari 2009Ó. Audit dalam muka surat 13 juga menyatakan: ÒGuru KAFA yang mengajar 70 jam sebulan sepatutnya menerima RM1,458 sebulanÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 56, Para 2.5.3.5: ÒBayaran Guru KAFA adalah berbentuk elaun dan tanggungjawab JAKIM dan Kerajaan Negeri yang boleh menambah elaun. Akan mengadu kepada pihak berkuasa sekiranya usaha yang dibuat gagalÓ. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Jabatan bagi memenuhi piawaian Audit di atas?
-
Berapakah jumlah penambahan peruntukan sekiranya garis panduan bayaran RM1,458 sebulan mahu dilaksanakan terhadap guru-guru KAFA berkenaan?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi sasaran elaun RM1,458 sebulan bagi guru-guru berkenaan?
247) TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perbelanjaan program Tuisyen Rakyat mengikut DUN bagi 2009-2010.
-
Apakah sistem pengurusan dan pemantauan yang diguna pakai dalam program tersebut?
-
Apakah keberkesanan program tersebut?
248) PINJAMAN MIKRO KREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Pinjaman Mikro kredit Selangor telah dilancarkan di Sabak Bernam oleh YB Exco Dr Hassan Mohd Ali. Berapa ramaikah rakyat Negeri Selangor yang telah mendapat pinjaman mikro kredit dan berapakah jumlah wang yang terlibat ?
-
Sila senaraikan nama-nama DUN yang telah menjalankan skim mikro kredit ini.
-
Apakah syarat-syarat seseorang itu untuk melayakkan dirinya menerima bantuan mikro kredit ?
249) UNIVERSITI MADINAH DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sebuah Cawangan Universiti Madinah telah diwujudkan di Selangor. Bila dan dimanakah cawangan ini ditubuhkan?
-
Apakah fakulti-fakulti yang ditubuhkan setakat ini?
-
Bagaimanakah jangkaan perkembangan masa depannya?
250) KUTIPAN HASIL CUKAI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan hasil cukai yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri sehingga bulan September tahun 2010 ?
-
Sila senaraikan jumlah kutipan hasil cukai Negeri Selangor secara perbandingan sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang mempengaruhi prestasi kutipan hasil cukai Negeri Selangor ?