Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

231) SKIM BANTUAN BIAYA RSKU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penerima Skim Bantuan Biaya Rumah Selangorku dan berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan dari peruntukan RM100 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023?

    Klik jawapan »

232) SKIM AIR PERCUMA SELANGOR 2023

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah rakyat yang layak memohon Skim Air Percuma Selangor bagi tahun 2023?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah yang sudah berdaftar sehingga 31 Disember 2023

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan (dalam bentuk Ringgit Malaysia) yang terlibat?

    Klik jawapan »

233) PENGUATKUASAAN TERHADAP OPERASI KEGIATAN TAPAK SAMPAH HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pengusaha tapak sampah haram di seluruh negeri telah ditahan bermula tahun 2020 sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Selain daripada bergantung kepada penguatkuasaan PBT, adakah Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan unit khas yang melibatkan pelbagai agensi untuk membanteras kegiatan tapak sampah haram ini?

    Klik jawapan »

234) SUBSIDI IVF

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membantu golongan wanita muda dengan pemberian "one-off" / subsidi bagi rawatan IVF?

    Klik jawapan »

235) PASIR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Selangor menjalankan aktiviti perlombongan pasir;

    a) Berapakah jumlah tan metrik pasir yang telah dilombong dan dikeluarkan sejak 2018 sehingga kini?

    b) Berapakah nilai hasil daripada penjualan pasir dan berapakah pulangan kepada Kerajaan Negeri daripada aktiviti ini sejak 2018 sehingga kini?

    Klik jawapan »

236) STATUS CCC MASJID BUKIT KAPAR 2, KAMPUNG BUKIT KAPAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah benar Masjid Bukit Kapar 2 belum mempunyai CCC?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan di dalam membantu dengan kadar segera untuk masjid ini mendapatkan CCC tersebut bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini?

    Klik jawapan »

237) PENYELESAIAN ISU HAKMILIK STRATA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan status hakmilik strata pangsapuri di DUN Kampung Tunku: Residency Park 51 @Park 51 Residency (Lot 23513), Impian Seri Setia (Lot 23514) dan Boulevard 51 @Park 51 (Lot 23515).

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pengeluaran hak milik strata?

    Klik jawapan »

238) PENYELARAS ADUN PEMBANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Bilakah penyelaras DUN bagi kawasan ADN pembangkang Negeri Selangor akan dilantik?

    Klik jawapan »

239) KESAN SEKATAN KAPAL MILIKAN ISRAEL KE ATAS PERATUS JUMLAH EKSPORT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan pusat telah menyekat kapal milikan Israel berlabuh di seluruh pelabuhan di malaysia. Berapa peratuskah jumlah eksport daripada Negeri Selangor yang terjejas daripada sekatan ini?

    Klik jawapan »

240) NELAYAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Apakah khidmat nasihat dan sokongan yang Kerajaan Negeri berikan kepada nelayan pantai dan nelayan sungai yang kebanyakan mereka adalah B40?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana proses permohonan lesen untuk nelayan pantai dan nelayan sungai?

    Klik jawapan »

  3. Adakah permohonan lesen untuk nelayan di Selangor kerajaan membuat pantauan?

    Klik jawapan »