Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
314) ZON GUNA TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Peta cadangan guna tanah di dalam Deraf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2035 bagi Blok Perancangan (BP) 6 menunjukkan zon guna tanah ‘Tanah Lapang' yang diperuntukkan bagi Taman Tun Abdul Razak (TAR) telah ditukar kepada ‘kediaman'. Siapakah yang memberi kelulusan terhadap perubahan zon guna tanah ini?
Tanah yang dimaksudkan bagi penukaran zon guna tanah daripada ‘tanah lapang’ kepada ‘kediaman’ di Taman Tun Abdul Razak merupakan tanah milik Taman TAR Development Sdn. Bhd iaitu lot 11639. Kelulusan perubahan zon guna tanah ini telah diberikan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor pada 2 Mac 2023 setelah melalui tempoh lebih sebulan publisiti dan bantahan awam serta mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran.