Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

96) ZON BERSIH PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sistem zon dan pertandingan ini berkesan untuk memastikan kebersihan kawasan PBT?

    1. Sistem Zon Bersih dan pertandingan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah berkesan dan sesuai untuk diteruskan di kawasan-kawasan lain. Daripada pemantauan didapati zon-zon yang telah dijadikan kawasan zon bersih mempunyai  tahap kebersihan yang lebih memuaskan dan menunjukkan perubahan yang ketara daripada yang sebelumnya. Ini membuktikan bahawa semua pihak yang terlibat seperti PBT, penduduk setempat, pihak NGO, Ahli Majlis dan lain- lain memandang serius terhadap perkara ini di samping mewujudkan persaingan sihat di antara PBT melalui pertandingan yang telah

     

    Pertandingan zon bersih di kawasan PBT bagi tempoh 2009/2010 telah dinilai melalui kriteria- kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk proses penilaian iaitu seperti berikut:

     

    1. Pemantauan Kebersihan;
    2. Penyelenggaraan Infrastruktur;
    3. Penyelenggaraan Landskap;
    4. Penyelenggaraan Kemudahan Awam;
    5. Pengurusan Aduan; dan
    6. Penglibatan Komuniti

     

     

  2. PBT manakah yang telah memenangi pertandingan tersebut?

    1. Memandangkan PBT Selangor mempunyai taraf yang berbeza-beza, maka  pembahagian dan penetapan kategori kumpulan PBT telah dilaksanakan dan pelaksanaan penilaian telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti berikut :

     

    KATEGORI PEMENANG HADIAH
    Kumpulan A

    (MBSA,     MBPJ, MPSJ)

     

    MPK

     

    dan

    MPSJ Piala      Pusingan Piala Iringan dan
    Kumpulan B

    (MPAJ, MPS, MPKj dan MPSp)

    MPSp Piala      Pusingan Piala Iringan dan
    Kumpulan C

    (MDKL,    MDHS, MDSB)

     

    MDKS

     

    dan

    MDKS Piala      Pusingan Piala Iringan dan

     

    Pengiktirafan juga turut diberi berdasarkan enam (6) kategori kriteria yang telah ditetapkan.. Butirannya adalah seperti berikut :

     

     

    KATEGORI PEMENANG HADIAH
    Pemantauan Kebersihan Zon Bersih 1. MPSJ Piala Iringan
    2. MPK Piala Iringan
    Penyelenggaraan Infrastruktur 1. MPAJ Piala Iringan
    2. MDKL Piala Iringan
    Penyelenggaraan Lanskap 1. MBPJ Piala Iringan
    2. MDHS Piala Iringan
    Penyelenggaraan Kemudahan

    Awam

    1. MPSp Piala Iringan
    2. MDSB Piala Iringan
    Audit Pengurusan Aduan 1. MBSA Piala Iringan
    2. MPS Piala Iringan
    Penglibatan Komuniti 1. MPKj Piala Iringan
    2. MDKS Piala Iringan

     

     

    Di samping itu, satu (1) Anugerah Zon Bersih Terbaik juga telah dianugerahkan kepada MPSJ di atas kesungguhan dan pencapaiannya dalam memenuhi semua kriteria-kriteria yang telah di syarat dan di tetapkan serta memperoleh markah tertinggi.

     

  3. Apakah inisiatif lain untuk memastikan kawasan tadbiran PBT sentiasa bersih?

    1. Insiatif lain yang diambil bagi memastikan kawasan tadbiran PBT sentiasa dalam keadaan bersih adalah seperti berikut:-

     

    Mengadakan pertandingan kebersihan dan keindahan kawasan di kalangan Majlis Pewakilan Penduduk yang mewakili beberapa seksyen dalam pentadbiran PBT;

     

    Mengadakan program dan pertandingan kitar semula;

     

    Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor Alam Flora Sdn Bhd mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti pembersihan kawasan 2 kali sebulan, kutipan sisa pepejal (sampah domestik) 3 kali seminggu dan kutipan sampah pukal (sampah kebun dan sebagainya) 2 kali seminggu dipatuhi; dan

     

    Tindakan penguatkuasaan terhadap individu atau premis yang  tidak  menjaga  kebersihan seperti yang telah ditetapkan dalam Undang-undang Kecil PBT seperti :

     

    Undang – undang Kecil Pungutan, Pembuangan dan Perlupusan Sampah Sarap 2007 Undang – undang Kecil Vandalisme 2005

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.