Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

242) ZIARAH MEDIK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah objektif yang ingin dicapai dari ziarah ini ?

    Program Ziarah Medik adalah salah satu program yang menunjukkan keprihatinan pihak Kerajaan Negeri terhadap rakyat yang kurang upaya kerana mengalami masalah kesihatan dan menghadapi masalah kewangan. Objektif bagi pelaksanaan program Ziarah Medik adalah aktiviti turun padang bagi mengetahui lebih dekat keadaan dan situasi pesakit-pesakit di Hospital dan mempromosi Bantuan Kesihatan Selangor kepada yang layak. Kerajaan Negeri sedang merangka Program Ziarah Medik rumah ke rumah dengan kerjasama NGO-NGO di kawasan DUN.

  2. Siapakah yang terlibat dalam menjayakan program ini?

    Program ini melibatkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan dan ADUN kawasan serta pengurusan hospital berkenaan.

  3. Bagaimana bentuk perlaksanaannya, nyatakan DUN yang telah melaksanakan program ini.

    Program ini berbentuk program ziarah ke hospital dan rumah perlindungan atau kebajikan. Pada tahun ini, Program Ziarah Medik telah diadakan ke empat (4) buah Hospital dan sebuah Pusat Jagaan Orang Tua di Negeri Selangor seperti berikut:

    1. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
    2. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
    3. Hospital Sungai Buloh, Petaling
    4. Hospital Banting, Kuala Langat
    5. Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rawang

Lampiran

Tiada Lampiran.