Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

344) ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terpeinci penerima bantuan zakat Selangor secara bulanan mengikut DUN dan Daerah pada tahun 2024/2025 yang terkini?

    Untuk makluman jumlah keseluruhan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun 2024 adalah sebanyak 77,782 ketua keluarga. Perincian jumlah asnaf adalah seperti berikut:

     

    ASNAF JUMLAH (KETUA KELUARGA)
    Fakir 26,170
    Miskin 47,341
    Mualaf 4,361
    Jumlah Keseluruhan 77,872

     

    Keluarga asnaf ini disantuni secara bulanan dengan bantuan zakat seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan bulanan dan bantuan sewa rumah. Perincian data penerima bantuan zakat secara bulanan mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    DAERAH           BILANGAN PENERIMA
              ASNAF FAKIR       ASNAF MISKIN    ASNAF MUALAF
    Kewangan Sewa Makanan Kewangan Sewa Makanan Kewangan Sewa Makanan
    Gombak 2,444 994 1,362 2,645 1,543 1,967 380 119 37
    Hulu Langat 4,756 1,764 2,687 4,793 1,471 3,038 445 140 51
    Hulu Selangor 1,931 664 1,190 2,810 1,121 1,605 266 68 20
    Klang 4,531 1,566 1,374 4,744 2,388 1,237 590 206 40
    Kuala Langat 2,229 743 771 1,819 859 576 120 42 4
    Kuala Selangor 1,563 769 808 2,582 1,563 1,506 120 84 8
    Petaling 4,202 1,139 1,383 6,160 1,530 1,470 590 190 32
    Sabak Bernam 1,132 326 406 1,861 651 834 53 33 6
    Sepang 1,152 506 319 1,067 683 308 180 56 8
    Jumlah 23,940 8,471 10,300 28,481 11,809 12,541 2,744 938 206
  2. Apakah data terkini bantuan-bantuan kewangan yang boleh Pusat Zakat salurkan kepada SAR,SRA,KAFA,Surau Masjid dan Institusi Pendidikan? Dan bagaimana mekanisma atau kaedah yang digunakan oleh Pusat Zakat Selangor atau Daerah untuk setiap permohonan?

    Bantuan kewangan yang disalurkan oleh LZS adalah berbentuk sumbangan yang diberikan kepada institusi agama/sekolah agama. Sumbangan ini bertujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada umat Islam atau pelajar-pelajar untuk beribadah dan belajar dengan fasiliti yang lebih baik. Antara bantuan yang disalurkan adalah seperti berikut:

     

    BIL SENARAI BANTUAN

    KATEGORI ASNAF

    MEKANISME PERMOHONAN
    1 Bantuan Program Penerapan Nilai Islam

    Fisabilillah

    Permohonan boleh dibuat di 19 cawangan LZS dan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)/Pejabat Agama Islam Daerah.

    2 Bantuan Sumbangan Peralatan  & Bina/Baik Pulih Institusi Agama.

    Contoh: PA Sistem, peralatan solat, penggantian karpet, pembinaan dan baik pulih bangunan yang rosak.

    Fisabilillah

    3 Sumbangan dan Bantuan Pembelian Van Jenazah

    Fisabilillah

Lampiran

Tiada Lampiran.