Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

49) ZAKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah maklumat mengatakan wang Zakat Selangor diagihkan ke Negeri Perlis?

    Wang zakat yang diagihkan kepada negeri Perlis adalah di bawah Program Selangor Prihatin dan mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS. Bantuan ini memfokuskan kepada usaha membasmi kemiskinan di kalangan asnaf fakir dan miskin menerusi agenda pembangunan pendidikan dan ekonomi.

    Ini sejajar dengan titah Sultan Selangor sewaktu Majlis Perasmian Bangunan Zakat Selangor, “Kekayaan yang melimpah ruah di Selangor ini tidak sepatutnya hanya berlegar-legar di Selangor saja dan atas dasar itulah beta mengambil berat dan prihatin misalnya dengan menyalurkan bantuan zakat kepada negeri-negeri yang dilanda banjir baru-baru ini seperti Kedah, Perlis dan Johor.”

    Atas dasar itu juga, LZS turut merangka untuk mengagihkan zakat bukan sahaja ke Perlis tetapi juga Kedah dan Kelantan bagi membantu asnaf fakir dan miskin yang memerlukan.

    Bantuan yang disalurkan ini merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat di negeri Selangor. LZS masih lagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada 7 asnaf yang lain di negeri Selangor terutamanya fakir dan miskin melalui pelbagai program pembangunan seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial, insan dan institusi agama.

  2. Berapakah jumlahnya dan siapa penerimanya?

    Jumlah keseluruhan adalah RM10 juta di mana RM8 juta disalurkan terus kepada projek yang bernama In Situ bertujuan untuk membangunkan asnaf fakir dan miskin diNegeri Perlis. Manakala RM2 juta lagi digunakan untuk tujuan pendidikan

Lampiran

Tiada Lampiran.