Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

269) ZAKAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan asnaf yang telah berjaya dikeluarkan daripada status penerima zakat kepada pembayar zakat dalam tempoh 5 tahun?

    Bilangan keluar asnaf fakir dan miskin (keluarga) berdasarkan kepada peningkatan pendapatan dan terima bantuan modal adalah seperti berikut:

    Tahun Bil. Keluarga
    2020 2,345
    2021 1,024
    2022 1,893
  2. Apakah 3 inisiatif yang paling berjaya untuk mengeluarkan asnaf daripada status penerima zakat kepada pembayar zakat?

    Tiga inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan di LZS dalam usaha mengeluarkan asnaf dari kepompong kemiskinan ialah melalui bantuan pendidikan (kepada generasi kedua asnaf), keusahawanan (asnaf berpotensi) dan kerjaya (ketua keluarga asnaf/asnaf belia). Antara ketiga-tiga bantuan ini, program kerjaya dan keusahawanan merupakan inisiatif paling cepat dalam meningkatkan pendapatan asnaf, manakala program pendidikan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.