Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
139) ZAKAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Zakat telah dikutip dan diagihkan kepada mereka yang miskin. Kami mendapat beberapa aduan bahawa ada yang layak tidak dapat bantuan dan ada yang masih memerlukannya tidak disambungkan bantuan tersebut. Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar : a) Senaraikan jumlah dan jenis bantuan zakat yang diagihkan kepada mereka yang memerlukannya
LZS mengagihkan zakat berdasarkan lima program utama iaitu
1) Program Pembangunan Sosial
2) Program Pembangunan Ekonomi
3) Program Pembangunan Pendidikan
4) Program Pembangunan Institusi Agama
5) Program Pembangunan Insan
Jenis-jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
• Bantuan bina/baik pulih/sewa rumah
• Caruman skim perlindungan takaful untuk fakir/miskin
• Bantuan makanan dan kewangan bulanan
• Bantuan Ramadan dan hari raya
• Bantuan kecemasan/runcit
• Bantuan perubatan
• Bantuan rawatan hemodialisis
• Bantuan rawatan sakit kekal
• Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris
• Bantuan kecemasan/bencana alam
• Bantuan musafir
• Bantuan pemurnian akidah
• Bantuan pemulihan akhlak
• Bantuan hutang kerana keperluan hidup
• Bantuan hutang badan/persatuan untuk maslahah ummah
• Bantuan hutang perubatan/pendidikan/kesihatan
• Bantuan untuk program sempena kebesaran Islam (maulidur rasul, maal hijrah,
Ramadan)
• Program gotong-royong
• Program lawatan dan ziarah
• Bantuan modal perniagaan
• Bantuan modal perikanan, pertanian, penternakan
• Bantuan modal pusingan
• Biasiswa pelajaran fakir dan miskin
• Dermasiswa IPT dalam dan luar negara
• Dermasiswa hufaz al-Quran
• Dermasiswa galakan sekolah agama
• Dermasiswa pelajar cemerlang
• Dermasiswa kecil pelajar SAMR/T
• Bantuan umum pelajaran
• Bantuan yuran sekolah rendah/menengah
• Kursus Latihan
• Bantuan karpet masjid/surau
• Bantuan peralatan masjid/surau
• Bantuan pembinaan/baik pulih masjid
• Bantuan pembinaan/baik pulih surau
• Bantuan pembinaan/baik pulih surau sekolah
• Bantuan pembinaan/baik pulih institusi agama luar negara
• Bantuan pembinaan/baik pulih sekolah agama
• Bantuan keperluan/peralatan sekolah -
Apakah kelulusan pegawai-pegawai zakat yang dihantar untuk menyiasat dan memastikan kelayakan seseorang itu?
Pegawai-pegawai LZS mempunyai kelayakan pendidikan minimum Diploma dan
kebanyakan mereka mempunyai Ijazah. Selain daripada itu mereka menerima latihan
daripada LZS yang secukupnya dalam bidang kerja yang diamanahkan. -
Apakah tindakan pegawai-pegawai zakat apabila menerima rayuan untuk mengkaji semula keputusan pemberhentian bantuan?
Akan membuat siasatan semula latar belakang keluarga dan pemohon itu sendiri sama
ada layak atau tidak untuk menerima bantuan.