Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

45) ZAKAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agihan zakat di negeri Selangor diakui antara yang terbaik di dalam negara kita namun ramai mendakwa permohonan terutamanya dari Asnaf Fi Sabilillah masih ramai yang ketinggalan. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

    1. Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sejumlah besar dana zakat  kepada asnaf Fisabilillah dan merupakan antara yang terbesar berbanding asnaf-asnaf yang lain. Bantuan yang diberikan meliputi aspek pembangunan syiar Islam seperti pendidikan, pembangunan institusi agama dan program penerapan nilai-nilai

     

    LZS sentiasa menerima banyak permohonan melalui bantuan Fisabilillah, dan tidak semestinya semua permohonan tersebut berjaya kerana berkemungkinan tidak memenuhi syarat dan tidak termasuk di dalam golongan asnaf fisabilillah.

  2. Berapakah jumlah penerima dan jumlah RM diterima?

    1. Rujuk jadual bagi jumlah penerima bantuan dan RM keseluruhan bagi tahun 2009

     

    ASNAF FISABILILLAH
    Emolumen Kakitangan MAIS
    Emolumen Kakitangan Baitul Hasanah
    Emolumen Kakitangan Projek LZS
    Pengurusan & Pentadbirabn Kakitangan Projek
    Elaun Guru/Penceramah Bulanan
    Program Forum/Ceramah Agama
    Program Outreach
    Bantuan Persatuan/Badan
    Kursus Pegawai Masjid
    Bantuan Penyelidikan/Penerbitan
    Program Penerapan Nilai-Nilai Islam
    Elaun Guru KAFA
    Elaun Bulanan Pegawai Masjid
    Imbuhan Penolong Pendaftar Nikah

     

     

     

    Saguhati Kaunselor Sukarela
    Bantuan Kecemasan
    Bantuan Kecemasan Banjir
    Bantuan Kecemasan Ribut
    Bantuan Kecemasan Kebakaran
    Bantuan Karpet Masjid/Surau
    Bantuan Peralatan Masjid/Surau
    Bantuan Peralatan PA Sistem
    Bantuan Kecemasan – Utiliti
    Pembinaan/Baik Pulih Masjid
    Pembinaan/Baik Pulih Surau
    Pembinaan/Baik Pulih Surau Sekolah
    Bina/Baik Pulih Institusi Agama Luar Negara
    Bina/Baik Pulih Sek. Agama
    Bantuan Keperluan Sekolah
    Bina/Baik Pulih Institusi Agama
    Dermasiswa Hufaz Quran
    Dermasiswa Pelajar Dalam Negara
    Dermasiswa Pelajar Luar Negara
    Dermasiswa Pelajar Cemerlang
    Dermasiswa Kecil Sek Men Agama Rendah/Tinggi
    Bantuan Umum Pelajaran
    Bantuan kepada Kolej Universiti Islam Selangor
    Agihan Semula 1/3 Kutipan

     

    JUMLAH KESELURUHAN FISABILILAH BAGI TAHUN 2009: RM88,032,289.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.