Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

114) ZAKAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah agihan zakat pada tahun ini yang telah disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada golongan asnaf?

    Berikut merupakan jumlah agihan zakat negeri Selangor mengikut asnaf sehingga bulan Jun 2015:

    JUMLAH AGIHAN ZAKAT NEGERI SELANGOR MENGIKUT ASNAF DARI BULAN JANUARI HINGGA JUN 2015

     

     

    Asnaf

    Jan – Jun 2015* (RM Juta)
    Fakir 37,995,834
    Miskin 88,142,802
    Amil 30,958,427
    Muallaf 20,254,418
    Fisabilillah 93,218,663
    Gharimin 27,678,013
    Ibnu Sabil 234,075
    Riqab 11,192,522
    Jumlah 309,674,754

    *Nota: Data belum diaudit

  2. Adakah jumlah pegawai zakat seimbang dengan bebanan tugasan yang dilaksanakan?

    Untuk makluman, sehingga kini jumlah keseluruhan kakitangan di Lembaga Zakat Selangor adalah seramai 491 orang. Bagaimanapun, bagi memastikan operasi kutipan dan agihan berjalan lancar, Lembaga Zakat Selangor dibantu oleh penolong amil yang disenaraikan seperti berikut:-

     

    Penolong Amil Tugas Jan – Jun 2015
    Penolong Amil Agen Kutipan Membantu untuk mengutip zakat  

    42

     

    Penolong Amil IPT

    Membantu sebagai agen kutipan dan agihan di

    peringkat IPT

     

    12

     

    Penolong Amil Kariah

    Membantu sebagai agen agihan  

    1700

     

    Penolong Amil Fitrah

    Membantu untuk mengutip zakat fitrah  

    2407

    Jumlah 4,161

     

Lampiran

Tiada Lampiran.