Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
53) YURAN TAPAK BAZAR RAMADHAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tapak pasar Ramadhan yang diluluskan mengikut PBT pada 2016?
Jumlah tapak Pasar Ramadhan yang diluluskan mengikut PBT pada 2016 adalah sebanyak 248 tapak. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT JUMLAH TAPAK PASAR RAMADHAN MBSA 40 MBPJ 20 MPK 32 MPAJ 23 MPSJ 24 MPS 28 MPKj 34 MPSp 13 MDKL 10 MDHS 6 MDKS 14 MDSB 4 JUMLAH 248 Nota : Sumber dari PBT
-
Berapakah hasil kutipan yang dipungut daripada penganjuran pasar Ramadhan tersebut?
Hasil kutipan yang dipungut daripada penganjuran Pasar Ramadhan mengikut PBT adalah sebanyak RM2,874,030.92. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut :
PBT JUMLAH HASIL KUTIPAN YANG DIPUNGUT DARIPADA PENGANJURAN PASAR RAMADHAN (RM) MBSA 295,605.52 MBPJ TIADA MPK 1,100,000.00 MPAJ 273 132.00 MPSJ 166,718.40 MPS 229,395.00 MPKj 323,400.00 MPSp 69,597.00 MDKL 62,530.00 MDHS 118,980.00 MDKS 182,400.00 MDSB 52,273.00 JUMLAH 2,874,030.92 Nota : Sumber dari PBT
MBPJ tidak mengenakan caj kadar fi dan sewa tapak tetapi mengenakan kos penyelenggaraan kutipan sampah sahaja.
-
Apakah panduan daripada PBT kepada penganjur dalam menentukan kadar sewa tapak yang tidak terlalu tinggi kepada peniaga pasar Ramadhan?
Pihak Majlis menetapkan syarat kepada penganjur dan perlu mematuhi syarat-syarat permit Bazar Ramadan PBT selain pihak PBT turut mengeluarkan permit kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan di bawah pihak penganjur.