Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
265) YURAN KUIS & UNISEL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bantuan Negeri Selangor untuk membantu mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan sentiasa memandang serius dan prihatin mengenai kebajikan mahasiswa Selangor dan telah mengambil inisiatif bagi membantu golongan mahasiswa yang memerlukan.
Hadiah Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM1,000.00 diberikan secara one-off kepada mahasiswa yang mendaftar ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi pendapatan keluarga dibawah RM5,000.00.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan pinjaman pelajaran boleh ubah di dalam dan luar negara dengan tanpa faedah kepada peminjam.
-
Dalam 3 bulan PKP, pelajar tidak hadir ke Universiti untuk pelajaran, adakah kerajaan mempertimbang untuk mengurangkan yuran kepada pelajar KUIS dan UNISEL?
Kerajaan Negeri memandang serius mengenai pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) di Malaysia yang memberi impak kepada banyak industri termasuk bidang pendidikan.
Walaupun dalam perintah kawalan pengerakan (PKP) proses pengajaran dan pembelajaran masih berjalan secara dalam talian. Malahan pihak Univeristi perlu menanggung kos pelaburan bagi perkakasan awan (cloud computing) untuk staf bekerja dari rumah, perisian, jalur lebar, sistem pengurusan pembelajaran dalam talian, e-sumber agar kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam talian berjalan lancar.