Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

294) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah berlaku perubahan dalam senarai pengurusan dan lembaga pengarah YAWAS setelah berlaku perubahan pimpinan kerajaan negeri ?

    1. Pengurusan YAWAS:

    Sehingga kini tiada sebarang perubahan terhadap pengurusan YAWAS.

     

    Lembaga Pemegang Amanah:

    Pengerusi YAWAS, akan diambil alih oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru seperti didalam ‘Memorandum and Articles of Association’ YAWAS.

  2. Apakah kayu ukur yang digunakan dalam menunjukkan kejayaan skim YAWAS ini

    Sejak dari awal penubuhan YAWAS sehingga kini, sasaran pendaftaran TAWAS adalah sebanyak 25,000 permohonan setahun sepertimana yang dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAWAS. Sehingga kini YAWAS telah menerima permohonan pendaftaran sebanyak 178,195 orang dimana 154,017 ahli yang telahpun diluluskan. Oleh itu, secara puratanya YAWAS telah melebihi pencapaian sasaran pendaftaran 29,000 permohonan

Lampiran

Tiada Lampiran.