Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
64) YAYASAN SELANGOR (YS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan sumber pendapatan utama yang diperolehi oleh YS
Sumber pendapatan utama YS adalah sewaan hartanah/kem, projek usahasama perladangan dan sewa pajak tanah.
-
Sila kemukakan jumlah perbelanjaan dan pelajar yang menerima pinjaman serta biasiswa sejak 3 tahun yang lepas
Perkara TAHUN 2015 2014 2013 Jumlah Perbelanjaan Biasiswa/Pinjaman RM2.90 juta RM3.66 juta RM4.47 juta Jumlah pelajar (biasiswa/pinjaman) 4,646 orang 4,585 orang 3,492 orang Bermula 2012, YS tidak lagi memberikan pinjaman pelajaran, sebaliknya memberi fokus kepada pemberian Biasiswa pelajar peringkat menengah sahaja. Pemberian pinjaman hanya kepada peminjam sedia ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Walau bagaimanapun, YS telah membuka semula tawaran pinjaman pelajaran mulai 2016.
-
Apakah pelan perancangan bagi 5 tahun akan datang dan bagaimanakah untuk menjana pendapatan tambahan?
PERANCANGAN PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR (2017 – 2021)
- Penambahan bilangan pelajar yang mendapat perkhidmatan pendidikan Yayasan Selangor melalui program HIPERS di setiap daerah negeri Selangor.
- Meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan memberi aktiviti/program akademik melalui program E-Tuition E- tuition, Literasi ‘coding’, Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Psychological Enhancement, Kem Kecemerlangan UPSR, PT3 dan SPM dan Bengkel Berkala Teknik Menjawab Soalan.
- Melaksanakan Program Pembangunan Sahsiah & Jati Diri melalui Kem Kepimpinan Pelajar dan English Camp
- Memperkasa perkhidmatan pendidikan dengan mengadakan `Smart Partnership’ dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas melalui JV Yayasan Selangor – Comnet Unisel bagi program Interactive English, Science & Maths Summer Camp serta Program Generasi Berkemahiran (YS – NAZA)
- Meneruskan pembiayaan Pinjaman Pelajaran pelajar di peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Pertama bagi anak negeri Selangor di semua IPTA dan IPTS (terpilih)
- Memperkenalkan pembiayaan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran melalui program Selangor Brainbank.
- Melancarkan tabung endowmen sebagai satu sumber untuk pembiayaan pendidikan.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN HARTANAH:
Pelan perancangan pendapatan untuk 5 tahun (2017 – 2021) akan datang adalah berdasarkan kepada bidang dan strategi perlaksanaan berikut;
a) Melaksanakan projek usahasama ke atas tanah/bangunan milik YS melalui kaedah ‘Request for Proposal (RFP)’. YS telah pun melaksanakan proses ini ke atas 6 hartanah pada akhir tahun 2016 dan 3 bidang tanah lagi yang akan dijalankan pada awal tahun 2017.
b) Mengurus dan memantau secara berkesan terhadap perjanjian usahasama/pajakan sedia ada.
c) Menguruskan penyewaan tanah untuk aktiviti-aktiviti Agro (projek tanaman dan akua-kultur yang memberi pulangan dalam masa singkat dan berdaya saing).
d) Menjana pendapatan melalui penyewaan ruang/premis pejabat, lot kedai dan kediaman.
e) Melaksanakan penyewaan tempat letak kereta.
f) Menaiktaraf kemudahan prasarana dan modul baharu Kem Bina Semangat & Kem The Woods Yayasan Selangor untuk menarik lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan di Kem.