Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
212) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
`Nyatakan kedudukan kewangan terkini Yayasan Selangor?
Sehingga Ogos 2016, Yayasan Selangor mencatatkan defisit RM5.93 juta berbanding defisit RM10.17juta dalam tempoh yang sama tahun
-
Apakah perancangan Yayasan Selangor pada tahun 2017?
PERANCANGAN PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR (2017 – 2021)
- Penambahan bilangan pelajar yang mendapat perkhidmatan pendidikan Yayasan Selangor melalui program HIPERS di setiap daerah negeri
- Meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan memberi aktiviti/program akademik melalui program E-Tuition E- tuition, Literasi `coding‟, Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Psychological Enhancement, Kem Kecemerlangan UPSR, PT3 dan SPM dan Bengkel Berkala Teknik Menjawab Soalan.
- Melaksanakan Program Pembangunan Sahsiah & Jati Diri melalui Kem Kepimpinan Pelajar dan English Camp
- Memperkasa perkhidmatan pendidikan dengan mengadakan `Smart Partnership‟ dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas melalui JV Yayasan Selangor – Comnet Unisel bagi program Interactive English, Science & Maths Summer Camp serta Program Generasi Berkemahiran (YS – NAZA)
- Meneruskan pembiayaan Pinjaman Pelajaran pelajar di peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Pertama bagi anak negeri Selangor di semua IPTA dan IPTS (terpilih)
- Memperkenalkan pembiayaan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran melalui program Selangor
- Melancarkan tabung endowmen sebagai satu sumber untuk pembiayaan pendidikan.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN HARTANAH:
Pelan perancangan pendapatan untuk 5 tahun (2017 – 2021) akan datang adalah berdasarkan kepada bidang dan strategi perlaksanaan berikut;
- Melaksanakan projek usahasama ke atas tanah/bangunan milik YS melalui kaedah „Request for Proposal (RFP)‟. YS telah pun melaksanakan proses ini ke atas 6 hartanah pada akhir tahun 2016 dan 3 bidang tanah lagi yang akan dijalankan pada awal tahun
- Mengurus dan memantau secara berkesan terhadap perjanjian usahasama/pajakan sedia
- Menguruskan penyewaan tanah untuk aktiviti-aktiviti Agro (projek tanaman dan akua-kultur yang memberi pulangan dalam masa singkat dan berdaya saing).
- Menjana pendapatan melalui penyewaan ruang/premis pejabat, lot kedai dan kediaman.
- Melaksanakan penyewaan tempat letak
- Menaiktaraf kemudahan prasarana dan modul baharu Kem Bina Semangat & Kem The Woods Yayasan Selangor untuk menarik lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan di