Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
143) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang sekarang?
Peratus penyewaan sehingga kini adalah 6.3% dengan keluasan yang disewakan seluas 6,717 kaki persegi melibatkan keseluruhan tingkat bawah. Sewaan jangkapendek secara kontrak bulanan ini memberikan jumlah pendapatan bulanan RM 73,810.99. Sewaan ruang iklan bangunan sebanyak RM 71,726.00 sebulan.
dan tempat letak kereta sebanyak RM17,490.00 sebulan
Cadangan pembangunan dan naik taraf dari bangunan pejabat kepada kegunaan komersial dan perhotelan telah dibuat oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor dan keputusan pelaksanaan program pembangunan tersebut masih belum diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
Yayasan Selangor menjalankan proses RFP bagi melaksanakan projek pembangunan semula bagi jangka panjang. Pihak pengurusan menjangkakan akan menganugerahkan projek ini kepada pemaju yang berjaya selewatselewatnya pada akhir tahun ini.
-
Adakah sebab kekosongan jawatan pengurus besar Yayasan Selangor berpanjangan dan adakah jawatan itu telah diisi?
Kuasa melantik Pengurus Besar adalah kuasa mutlak Pengerusi Yayasan Selangor. Sehingga tarikh laporan ini disediakan, jawatan Pengurus Besar Yayasan Selangor masih belum diisi, tetapi ianya telah ditanggung tugas oleh Pengurus Kanan Yayasan Selangor sedia ada.
Pihak Pengerusi masih meneliti dan mempertimbangkan calon-calon yang bersesuaian.