Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

94) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan pendapatan Yayasan Selangor untuk tempoh 5 tahun sejak 2014 sehingga kini.

    Pendapatan Yayasan Selangor(YS) untuk tempoh 5 tahun (2014-2018)

     

     

    TAHUN

    2014

    (RM’juta)

    2015

    (RM’juta)

    2016

    (RM’juta)

    2017

    (RM’juta)

    2018

    (RM’juta)

    PENDAPATAN 18.84 23.80 16.14 29.83 24.89
  2. Apakah punca permasalahan tersebut, dan apakah cadangan pihak pengurusan Yayasan untuk meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor?

    Pendapatan utama Yayasan Selangor (YS) adalah daripada hasil penyewaan bangunan/premis, sewa pajak dan pendapatan usahasama-perladangan. Pada tahun 2019, YS telah menandatangani beberapa perjanjian pembangunan usahasama. Di samping itu, pengurusan YS sedang mengkaji dan menyediakan perancangan terbaru untuk meningkatkan pendapatan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor November ini

Lampiran

Tiada Lampiran.