Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

134) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. nyatakan pendapatan Yayasan Selangor untuk tempoh 3 tahun sejak tahun 2019 sehingga kini?

    Pendapatan Yayasan Selangor (YS) untuk tempoh 3 tahun (2019-2021) adalah seperti berikut:

    *Nota : Data tahun 2019 dan 2020 adalah daripada akaun yang telah beraudit, manakala data tahun 2021 masih dalam proses pengauditanoleh juruaudit bertauliah yang telah dilantik.

  2. Apakah cadangan pihak pengurusan Yayasan Selangor untuk meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor?

    Cadangan Yayasan Selangor untuk meningkatkan sumber pendapatan adalah seperti berikut.

    1. Mengoptimumkan sumber hasil dari bangunan yang dimiliki oleh YS dengan memastikan peningkatan kadar hunian dan hasil sewaan kepada aset strategic YS seperti Menara YS Petaling Jaya, Bangunan YS Kg. Baru dan Bangunan YS Bukit Bintang.
    2. Memastikan hasil yang diperolehi daripada hartanah sedia ada menjadi sumber pendapatan yang berulang ‘recurring income’ kepada YS. Untuk itu, YS telah melantik “subject matter expert’ untuk mengkaji, menilai dan menetapkan hasil dan keuntungan yang akan diperolehi daripada projek-projek pembangunan yang dilaksanakan YS.
    3. Selain itu, YS sedang dalam proses transformasi untuk meningkatkan lagi keberkesanan produktiviti kerja serta efisiensi operasi. Penambahbaikan ini akan membantu mengurangkan kos operasi YS.
  3. Nyatakan jumlah penjualan asset milik Yayasan Selangor yang telah dijual sejak tahun 2017 sehingga 2021?

    Jumlah aset yang terjual sejak 2017 hingga 2021 mengikut rekod perakaunan adalah seperti berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.