Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

29) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pihak Yayasan Selangor berhak untuk memasuki perjanjian Ð perjanjian usaha sama dengan perusahaan swasta dan apakah syarat-syarat yang biasanya memberikan kepada mereka kuasa untuk memaksa usaha sama sebegini ?

    Ya, Yayasan Selangor berhak memasuki perjanjian-perjanjian usahasama dengan pihak swasta. Syarat-syarat usahasama ini adalah bergantung pada jenis usahasama yang hendak dijalankan. Sekiranya ushasama dalam bidang pertanian, syarat-syarat yang ditetapkan adalah bergantung pada jenis tanaman, tempoh pajakan, pulangan tunai kepada Yayasan Selangor dan kos pembangunan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju. Syarat-syarat lain adalah  tertakluk kepada persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

    Sumber-sumber pendapatan secara detail yang diperolehi oleh Yayasan Selangor untuk membiayai program pendidikan seperti berikut,

    Sumber-sumber Pendapatan Yayasan Selangor

    Bil Sumber Pendapatan

    2009 RM

    %
    1 Subsidi Kementerian Pendidikan 2,524,416.74 8.6
    2 Yuran Asrama & IKYS 1,203,707.00 4.1
    3 Sewa Bangunan 14,248,817.39 48.3
    4 Sewa Kem 5,396,708.47 18.3
    5 Sewa Tempat Letak Kereta 606,331.99 2.1
    6 Sewa Siarkaki & Iklan 176,150.24 0.6
    7 Pendapatan Usahasama 3,480,133.56 11.8
    8 Faedah Simpanan Tatap & Dividen 975,855.21 3.3
    9 Lain-lain pendapatan 855,212.83 2.9
      JUMLAH 29,467,363.50 100

     

    Mulai April 2010, Yayasan Selangor telah diuruskan oleh pengurusan baru yang lebih komited untuk mendapatkan sumber-sumber pendapatan. Berikut adalah pendapatan Yayasan Selangor sehingga September 2010

    Bil Sumber Sehingga 

    Sep 2010 RM

    %
    1 Subsidi Kementerian Pendidikan 1,281,062.64 5
    2 Yuran Asrama & IKYS 1,122,970.00 5
    3 Sewa Bangunan 12,433,716.07 53
    4 Sewa Kem 4,316,302.92 18
    5 Sewa Tempat Letak Kereta 416,782.67 2
    6 Sewa Siarkaki & Iklan 132,100.00 1
    7 Pendapatan Usahasama 2,206,131.88 9
    8 Faedah Simpanan Tatap & Dividen 565,449.32 2
    9 Lain-lain pendapatan 1,023,720.00 4
      JUMLAH 23,498,236.29 100
  2. Adakah Yayasan Selangor komited kepada usaha sama secara paksa seperti dalam kes-kes di mana pembaharuan pajakan bagi stesen-stesen petrol memerlukan bahawa syarikat-syarikat minyak perlu memenuhi keperluan ini sebelum pajakan mereka diperbaharui dan apakah kewajaran di belakang perkahwinan paksa sebegini?

    Yayasan Selangor tidak membuat sesuatu usahasama secara paksaan. Setiap perjanjian akan dinilai oleh peguam kedua-dua belah pihak. Perjanjian yang telah muktamad akan diperhalusi oleh Pegawai Undang-undang Negeri Selangor sebelum kedua-dua pihak menandatangani perjanjian. Kes pembaharuan pajakan yang diutarakan oleh YB Tuan Adward Lee Poh Lin adalah kes pemberimilikan tanah stesen minyak yang telah tamat pajakan di Ampang dan Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan tanah tersebut kepada Yayasan Selangor.

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.