Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
184) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status program-program yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor
Program-program yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor ialah:
- Program Pendidikan:
- Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor (RKPYS) yang dilaksanakan di 4 buah Asrama Pusat Yayasan Selangor.
- Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor (RKPYS) yang dilaksanakan di 15 buah Asrama Harian.
- Program Kelas Bimbingan.
- Program Motivasi & Jati diri /Modal Insan.
Yayasan Selangor menyediakan kemudahan prasarana untuk kursus-kursus Bina Insan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Modul kursus yang dijalankan di kem tersebut adalah mengikut kehendak pelanggan/Tailor-Made Customers (TMC). Kursus Training of Trainers (T.O.T) dan Kepimpinan Diri & Semangat Sepasukan (K.D.S.S) juga diadakan.
- Program Pembiayaan Pendidikan:
- Pemberian Biasiswa Kecil untuk RKPYS.
- Pembiayaan Pinjaman Pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
- Program Pendidikan:
-
Nyatakan statistik bilangan anak Selangor yang menerima bantuan pendidikan, latihan dan kewangan Yayasan Selangor bermula 2008 hingga sekarang ?
Statistik bilangan anak Selangor yang menerima bantuan kewangan Yayasan Selangor dari tahun 2008 hingga 2010
Tahun Biasiswa RM Pinjaman Pelajaran RM 2008 807 214,750.00 658 3,950,000.00 2009 764 370,100.00 779 4,675,000.00 2010 874 417,800.00 1063 6,379,000.00 -
Apakah strategi Yayasan Selangor untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi Negara ?
Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi Negara, Yayasan Selangor melaksanakan program-program yang boleh memperkasakan potensi pelajar dari aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Antara program yang dilaksanakan adalah:
- Pengurusan masa dan pengurusan diri
- Seminar Kecemerlangan Akademik
- Program penggayaan dan pemulihan mata pelajaran
- Program ‘Mentor-mentee’
- Penggayaan pelbagai bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil,Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis)
- Pengajian Al-Quran dan fardu ain
- Program kepimpinan dan jati diri (Itqan)
- Program khidmat masyarakat dan lawatan prihatin
- Perkhemahan/camping
- Aktiviti kesenian (Gamelan, coral speaking, choir, nasyid, kompang, bahas )
- Karnival sukan dan usahawan