Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
51) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelajar IPT yang mendapat pinjaman pelajaran dari Yayasan Selangor sejak tahun 2008 hingga 2010?
- Jumlah pelajar IPT yang mendapat pinjaman pelajaran dari Yayasan Selangor sejak tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut :
Tahun Jumlah Pelajar IPT mendapat Pinjaman Pelajaran 2008 658 2009 779 2010 1063 JUMLAH 2500 -
Sila terangkan komposisi kaum yang telah mendapat pinjaman tersebut?
- Komposisi kaum yang telah mendapat pinjaman pelajaran dari Yayasan Selangor sejak tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut :
Tahun Pelajar IPT mendapat Pinjaman Pelajaran Melayu Cina India Jumlah 2008 640 3 15 658 2009 761 5 13 779 2010 1036 5 22 1063 JUMLAH 2437 13 50 2500 -
Berapakah jumlah keseluruhan wang yang telah dikeluarkan kepada pelajar tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010?
- Jumlah wang yang telah dikeluarkan kepada pelajar tersebut pada tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut :
Tahun Jumlah Perbelanjaan Pinjaman Pelajaran (RM) 2008 2,889,879.00 2009 5,281,790.00 2010 6,164,325.00 JUMLAH 14,335,994.00