Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
92) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perincian halatuju Yayasan Selangor untuk menghadapi cabaran pendidikan kini?
Bagi menghadapi cabaran pendidikan kini, halatuju pendidikan Yayasan Selangor telah ditetapkan kepada perkara berikut:
- Yayasan Selangor telah ditetapkan agar memberi fokus kepada pendidikan di peringkat persekolahan menengah iaitu bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Pemfokusan ini penting kerana dengan sumber yang terhad, Yayasan Selangor tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada semua peringkat pendidikan. Apa yang lebih realistik, Yayasan Selangor perlu memilih teras pendidikan yang telah dilaksanakan sejak penubuhannya iaitu memberi peluang pendidikan di peringkat menengah.
- Dengan motto baru iaitu Merakyatkan Pendidikan Selangor, Yayasan Selangor seharusnya dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai rakyat negeri Selangor. Dengan memberi fokus yang lebih jitu mengikut peringkat umur, Yayasan Selangor dijangka dapat meningkatkan bilangan pelajar tajaannya daripada sebelum ini.
Ini dapat dilihat dengan pertambahan bilangan pelajar tajaanya yang meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun 2007, bilangan pelajar tajaan Yayasan Selangor di peringkat menengah dalam program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor -RKPYS hanyalah berjumlah 1,385 orang. Walau bagaimanapun, jumlah ini meningkat kepada 1,409 pada tahun 2008, 1,554 pada tahun 2009 dan melonjak kepada 3,288 pada tahun 2012 dan akan ditingkatkan lagi kepada 5,000 orang pelajar pada tahun 2013. Peningkatan bilangan pelajar sebanyak 3.5 kali ganda pada tahun 2013 berbanding tahun 2008 menunjukkan Yayasan Selangor telah berjaya memberikan perkhidmatan pendidikan kepada lebih ramai pelajar berbanding sebelum tahun 2008 dengan gandaan yang besar.
- Memandangkan kos pendidikan dan kehidupan yang semakin hari semakin tinggi, Yayasan Selangor juga telah meningkatkan bilangan dan peruntukan penerima Biasiswanya dari tahun ke tahun.
Selaras peningkatan bilangan pelajar ini, Yayasan Selangor juga telah menambah peruntukan Biasiswanya dari tahun ke tahun mulai tahun
Jika pada tahun 2007, hanya 518 pelajar mendapat Biasiswa Kecil, 159 pelajar mendapat Biasiswa Khas dan 36 pelajar mendapat Dermasiswa, tetapi pada tahun 2012, jumlah ini meningkat dengan mendadak kepada 1,783 pelajar mendapat Biasiswa Kecil, 1,140 pelajar mendapat Biasiswa Khas dan 96 pelajar mendapat Dermasiswa. Beza pemberian Biasiswa ini daripada tahun 2007 dengan 2012 adalah peningkatan antara 2.86 kali ganda (Dermasiswa) sehingga 7.16 kali ganda bagi Biasiswa Khas.
- Selain bantuan dari segi penempatan ke Asrama Pusat dan Daerah yang diberikan kepada pelajar oleh Yayasan Selangor serta Biasiswa yang diberikan, Yayasan Selangor juga telah memberikan bantuan dari segi program untuk meningkatkan pembangunan potensi diri kepada pelajar tajaannya.
-
Apakah bentuk program dan kemudahan yang disediakan?
Program Pendidikan:
- Akademik:
- Kelas Bimbingan
- Bengkel dan Seminar Peperiksaan PMR dan SPM
- Bantuan Buku Rujukan
- Latih tubi
- Tuisyen Rakyat
- Tuisyen Online (Score A)
- Kerohanian:
- Solat Berjemaah
- Program Tahfiz
- Tadarus Al-Quran
- Ceramah dan Bimbingan Agama
- Sambutan Maulidurrasul
- Ko-Kurikulum dan Kepimpinan:
- Badan Perwakilan Pelajar/Pengawas
- Biro-biro Asrama
- Kelab Usahawan
- Kursus Kepimpinan
- Kursus Jatidiri Pelajar
- Kursus Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1
- Kursus Psychologycal Enhancement
- Ceramah Motivasi
- English Carnival
- English Camp
- Sukan & Rekreasi:
- Sukan Asrama
- Sukan Antara Asrama
- Riadah harian
- Rehlah
- Sosial:
- Gotong Royong kebersihan
- Membantu masjid dalam penyediaan bubur lambuk semasa Ramadhan
- Penghargaan:
- Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan
- Majlis Semarak Kasih
Kemudahan:
- Kemudahan Asrama Pusat dan Daerah
- Makmal Komputer di Asrama Pusat
- Biasiswa kepada semua pelajar RKPYS
- Program Pendidikan yang ditaja
Kemudahan pengangkutan ke sekolah daripada asrama
- Akademik:
-
Berapakah anak Selangor yang menerima manfaat sepanjang 2012-2013?
Mulai tahun 2012, Yayasan Selangor telah memperluas fungsi dan peranannya. Jika pada awal penubuhannya, Yayasan Selangor memberi tumpuan kepada pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana; kini manfaat itu turut diberikan kepada anak-anak miskin (luar Bandar & Bandar) yang berpotensi cemerlang (tanpa mengira kaum). Ia bertujuan mengangkat kedudukan anak-anak ini sekurang-kurangnya satu tingkat lebih baik daripada ibu ayahnya dengan pendidikan. Bantuan turut dipanjangkan kepada komuniti orang asli dan pelajar-pelajar cemerlang dari Maahad Tahfiz Integrasi Sains & Teknologi. Pada tahun 2013, Yayasan Selangor menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah melalui Program HIPERS (High Performances Students). Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar SK (Sekolah Kebangsaan), kawalan KPM dan pelajar SRAI (Sekolah Rendah Agama Integrasi)/ SRA (Sekolah Agama Rendah) kawalan JAIS.
Enrolmen pelajar bagi tahun 2012 – 2013 adalah seperti berikut:-
- – 3000 orang
- – 5000 pelajar
(sehingga 16/6/2013 – 4100 orang)
Bagi bantuan biasiswa:-
- Biasiswa pelajar sekolah menengah, bilangan pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :
Tahun Jenis Biasiswa Jumlah Biasiswa Kecil Biasiswa Khas Dermasiswa 2012 1,921 1,367 90 3,378 2013 3,622 1,378 191 5,191* - Biasiswa Pelajar Tahun Asas UNISEL, bilangan pelajar yang terlibat
adalah seperti berikut :-
Tahun Jumlah 2012 31 2013 50* Nota : * bermaksud anggaran berdasarkan bajet tahun 2013