Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
183) YAYASAN HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah strategi Yayasan Hijrah untuk membantu ekonomi masyarakat luar bandar?
Falsafah Program HIJRAH Selangor berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Berikut merupakan jenis skim pinjaman yang ditawarkan kepada peserta Program HIJRAH Selangor seperti jadual di bawah:
JENIS SKIM PINJAMAN BULAN MINGGU SKIM 1 3,000 – 5,000 12 50 24 100 36 150 SKIM 2 6,000 – 10,000 12 50 24 100 36 150 SKIM 3 15,000 – 20,000 12 50 24 100 36 150 SKIM 4 30,000 – 50,000 12 50 24 100 36 150 Sebagai fasa pertama pelaksanaan, Program HIJRAH Selangor menawarkan skim kepada usahawan HIJRAH Selangor
- a) Skim 1: RM3,000 hingga RM5,000
- b) Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000
Usahawan-usahawan yang menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan dengan rekod bayaran balik pinjaman semasa yang baik akan ditawarkan Skim HIJRAH Selangor jangka panjang seperti berikut:
- Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
- Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)
Sehubungan itu, Hijrah Selangor juga telah memperkenalkan Program Pengembangan Usahawan ‘Zero To Hero’. Program ini adalah perjanjian kerjasama antara HIJRAH Selangor dengan syarikat peneraju. Syarikat berkenaan bersedia dan bertanggungjawab untuk membekalkan barangan kepada usahawan program berkenaan. Pakej barangan yang dibekalkan adalah di dalam lingkungan RM1000.00 sehingga RM5000.00. Berikut adalah penambahan jadual bayar balik yang tidak terdapat di dalam sistem jadual bayar balik untuk dikemaskinikan seperti berikut :
JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Sim Kad Telefon 1000.00 50 minggu Kiosk Ayam Gunting 4,500.00 150 minggu Jahitan 5000.00 150 minggu Bakeri 5000.00 150 minggu Burger 5000.00 150 minggu Cetakan 5000.00 150 minggu Urutan 5000.00 150 minggu -
Nyatakan jenis dan jumlah bantuan kepada masyarakat luar bandar oleh Yayasan Hijrah.
Senarai jenis bantuan adalah seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan a.
Berikut merupakan senarai aktiviti usahawan Program Hijrah Selangor mengikut daerah:
Daerah
Jenis Perniagaan Jumlah
Makanan Pembekal Pemprosesan Ternakan Perkhidmatan Pertanian Gombak 1,179 1,496 41 23 592 36 3,367 Klang 1,239 1,530 87 26 856 62 3,800 Kuala Langat 644 592 21 50 385 38 1,730 Kuala Selangor 847 750 38 153 526 247 2,561 Petaling 1,865 2,536 106 29 1,239 77 5,852 Sabak Bernam 960 641 72 239 609 951 3,472 Sepang 550 458 27 25 370 43 1,473 Hulu Langat 737 705 29 21 348 33 1,873 Hulu Selangor 507 491 38 22 340 36 1,434 Jumlah 8,528 9,199 459 588 5,265 1,523 25,562