Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
150) YAYASAN BASMI KEMISKINAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi kini dibekukan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor?
Senarai aset-aset Yayasan Basmi Kemiskinan yang telah dibekukan oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah:
Kuala Selangor iaitu tanah seluas 22,095.83 meter persegi;
Hulu Selangor iaitu tanah seluas 6,520.8 meter persegi;
- Petaling iaitu tanah seluas 796.81 meter persegi; dan
Gombak iaitu tanah seluas 13,257.4 meter
Tanah-tanah yang dinyatakan tadi adalah termasuk sembilan (9) Desa Kasih iaitu penempatan bagi keluarga miskin dan Asrama Kasih iaitu penempatan pelajar-pelajar miskin atau anak yatim.
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memantau dan memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada mana-mana badan kebajikan adalah digunakan secara sebaiknya?
Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri hanya memberikan bantuan yang minimum sahaja kepada badan-badan kebajikan atau Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memohon bagi menjalankan program sosial di dalam Negeri Selangor. Pemberian seperti mana yang telah diberikan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak lagi diamalkan masa Pentadbiran kini.