Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

308) WTE KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa pembinaan fasiliti WTE Kuala Selangor yang sepatutnya dijadualkan mencapai COD pada Disember 2025?

    Sehingga kini projek WTE Jeram masih di dalam fasa pembinaan dan telah mencapai kemajuan kerja pembinaan sebanyak 45% sehingga akhir Oktober 2024.Projek ini di jangka siap sepenuhnya dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2026.

  2. Berapakah anggaran jumlah tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan untuk operasi penuh WTE ini?

    Jumlah tenaga mahir yang diperlukan bagi kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan adalah sebanyak 150 orang manakala dianggarkan di antara 100 hingga 200 orang tenaga kerja separa mahir dijangka akan diperlukan sepanjang tempoh operasi dan bagi tujuan penyelenggaran loji.

  3. Adakah pengambilan tenaga kerja di fasiliti ini akan mengutamakan tenaga kerja tempatan terutama anak jati Kuala Selangor?

    Apabila siap kelak, loji janakuasa WTE Jeram akan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja tempatan bagi kerja operasi dan penyelenggeraan (Operation and Maintenance). Keutamaan akan diberikan kepada anak jati Negeri Selangor terumatamanya dari kawasan Kuala Selangor yang layak.

Lampiran

Tiada Lampiran.