Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

148) WTE DI TANJUNG DUA BELAS KUALA LANGAT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tender dan kontraktor telah dilantik untuk membina ISWMC Tanjung Dua Belas?

    Tender masih lagi dalam proses penyediaan dan kontraktor belum dilantik buat masa ini. Kontraktor dijangka akan dilantik pada suku tahun kedua 2022.

  2. Sila beri salinan dokumen tender dan terangkan bagaimana ISWMC ini akan beroperasi?

    Tender dokumen ISWMC adalah di dalam proses penyediaan oleh perunding. Antara komponen-komponen ISWMC yang akan dibangunkan adalah Waste to Energy (WTE), Material Recycling Facility (MRF), Construction & Demolition (C&D), Anaerobic Digester (AD) dan Composting. Untuk makluman Yang Berhormat juga, WTE merupakan komponen utama bagi pembangunan ISWMC ini. Kaedah pengoperasian WTE adalah dengan melupuskan sisa pepejal dengan cara pembakaran seterusnya menghasilkan tenaga elektrik.

     

    Abu yang terhasil dari pembakaran sisa pepejal akan dijadikan sebagai daily cover untuk Tapak Pelupusan Sanitari, manakala pelepasan pembakaran yang terhasil juga akan dirawat sebelum dibebaskan. Kaedah rawatan dan pelepasan pembakaran adalah mematuhi piawaian antarabangsa.

     

    Bagi komponen MRF pula, ia mempunyai beberapa peringkat pengasingan pelbagai jenis sisa seperti logam, kaca, kertas, plastik dan sisa organik. Sisa tersebut akan melalui magnetic separator untuk pengasingan logam dari sisa pepejal. Seterusnya, sisa akan melalui trommel skrin dimana proses ini akan mengasingkan bahan organik daripada sisa tersebut. Sisa akan dihantar ke tempat pengasingan untuk digunakan semula.

     

    Untuk Komponen C&D, sisa akan melalui magnetic separator bagi mengasingkan logam daripada sisa. Seterusnya, sisa tersebut akan melalui proses crusher untuk dijadikan sebagai aggregates kasar dan halus. Untuk komponen seperti AD, sisa organik akan dihancurkan kepada saiz yang lebih kecil sebelum dimasukkan ke dalam sistem AD. Melalui kaedah ini, sisa organik akan melalui proses fermentation atau penapaian yang mana boleh menghasilkan tenaga boleh diperbaharui. Bagi Komponen Composting, sisa organik akan direputkan oleh mikroorganisma dalam keadaan beroksigen. Proses ini akan menghasilkan produk sampingan seperti baja.

Lampiran

Tiada Lampiran.