Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

176) WTE DI JERAM, RAWANG SERTA TANJUNG DUA BELAS KUALA LANGAT

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan terkini pelaksanaan projek WTE di Jeram, Rawang serta Tanjung Dua Belas Kuala Langat?

    Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pelan induk jangkamasa panjang bagi pengurusan pelupusan sisa pepejal yang mampan. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri merancang pembangunan Pembangunan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) di beberapa lokasi diNegeri Selangor. Setakat ini, dua projek ISWMC telah diluluskan iaitu di Jeram, Kuala Selangor dan di Mukim Tanjung Dubelas, Kuala Langat. Sebuah lagi projek ISWMC telah dirancang untuk dibangunkan ialah di Rawang. Kemudahan-kemudahan ISWMC ini akan mempunyai beberapa fasiliti moden pengurusan pelupusan sampah seperti loji waste-to-energy(WTE), material recovery facility, loji kompos, loji pencernaan anaerobics dan loji pemprosesan sisa pembinaan.  Loji WTE merupakan komponen utama di dalam ISWMC tersebut.

    Projek ISWMC Jeram dan ISWMC Tanjung Duabelas yang mempunyai kapasiti masing-masing untuk memproses dan melupuskan 3,000 tan sehari dan 2000 tan sehari. Kedua-duanya nya akan dilengkapi dengan loji-loji WTE selain daripada loji-loji kemudahan lain. Sebanyak 90 Mega Watts kuota tenaga telah  diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Suruhanjaya Tenaga. Peruntukan quota ini menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia yang berjaya mendapatkan peruntukan bagi pembangunan projek WTE di Malaysia. Setakat ini, kajian-kajian yang berkaitan seperti Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) dan Social Impact Assessment (SIA) untuk Waste to Energy (WTE) telah pun disiapkan dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan agensi-agensi berkaitan. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun 2022 bagi Loji WTE di ISWMC Jeram manakala Loji WTE di ISWMC Tanjung Belas akan bermula pada pertengahan 2022.

    Worldwide Holdings Berhad (WHB) yang telah dipertanggungjawapkan untuk menjalankan projek ISWMC ini telah mengenalpasti dan memperolehi pembekal teknologi yang sesuai dan affordable.  Projek-projek WTE akan mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan sebanyak RM1.5 Billion. Kerja-kerja pembangunan fasiliti WTE ini dijangka siap pada tahun 2025.

    Bagi Pembangunan ISWMC di Rawang pula, satu sesi perbincangan diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah diadakan yang telah mengenal pasti tapak pembangunan. Ekoran daripada perbincangan tersebut, Kerajaan Persekutuan akan mengemukakan cadangan yang terperinci kepada Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.