Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

6) WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Antara perniagaan teras Worldwide Holding Berhad ialah perkhidmatan alam sekitar. Apakah skop kerja perkhidmatan alam sekitar dan teknologi digunakan?

      SKOP KERJA PERKHIDMATAN ALAM SEKITAR TEKNOLOGI
    i) Pelupusan sisa pepejal Tapak pelupusan sanitari
         
    ii) Pelupusan sisa lengai Tapak pelupusan sisa lengai
         
    iii) Membaik pulih dan menutup selamatserta pasca pemutup Teknologi sanitari dengan komponen-komponen berikut:-

    a)      Kawasan penerimaan sisa pepejal

    b)      Sel-sel penerimaan sisa pepejal

    c)       Loji rawatan air larut resap “leachate”

    Sistem gas tapak

         
    iv) Menaik taraf tapak pelupusan terbuka untuk beroperasi secara sanitari Teknologi sanitari dengan komponen-komponen berikut:-

    d)      Kawasan penerimaan sisa pepejal

    e)      Sel-sel penerimaan sisa pepejal

     

        f)        Loji rawatan air larut resap “leachate”

    g)      Sistem gas tapak

         
    v) Pembinaan dan peroperasian stesen pemindahan sisa pepejal Sistem ‘vertical’ dari Belanda
         
    vi) Merekabentuk dan membina Loji Rawatan ‘leachate’ Rawatan biologi dan kimia fizikal
         
    vii) Penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas tapak ·         Enjin dari Austria.

    ·         Unit pembersihan gas dari UK

         
    viii) Loji kitar semula sisa domestik Mini Material Recovery Facility (MRF)
         
    ix) Pusat pemprosesan sisa binaan MRF
  2. Apakah nama dan lokasi projek-projek untuk perkhidmatan alam sekitar ini?

    Nama Projek Nilai, RM Pulangan (Kasar) Lokasi
    2010 2011 2012 2013  
    Tapak Pelupusan Sanitari Jeram 146,030,942 11,408,421 10,151,084 12,275,860 15,516,164 Kuala Selangor
    Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong12 417,909,709 1,189,921 1,893,949 1,335,428 1,984,607 Kuala Langat
    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang 12,845,000 246,261 517,114 527,510 860,458 Rawang
    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil 40,061,216 996,189 938,833 1,074,970 1,101,033 Sepang
    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas 13,295,485 N/A (227,849) 276,736 353,811 Gombak
    Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sungai Kembong 934,118 285,924 (2,294) 150,398 84,828 Hulu Langat
    Stesen Pemindahan Shah Alam 82,391,485 N/A N/A 3,362,323 2,212,760 Shah Alam
    Projek Biogas Tapak Pelupusan Air Hitam 56,536,225 (313,898) (1,000,820) 665,185 1,771,454 Puchong
    Projek Biogas Tapak Pelupusan Jeram 58,442,710 N/A N/A Dalam Pembinaan Dalam Pembinaan Kuala Selangor
    Pembinaan Loji Kitar Semula Sisa Binaan 3,500,000 N/A N/A N/A 516,528 Gombak
  3. Berapakah nilai pelaburan projek dan pulangan yang diperolehi pada 2010- 2013?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.