Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
43) WORLD EXPO DUBAI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila beri penerangan dan maklumat tentang penyertaan kerajaan dan syarikat-syarikat Selangor di World Expo Dubai.
EXPO 2020, Dubai UAE diadakan mulai 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022 bertempat di Dubai South Districts dengan tema Connecting Minds Creating Future (Mobility + Opportunity + Sustainability). Program pameran mega ini merekodkan penglibatan dari 192 negara dan organisasi dengan sasaran pengunjung seramai 25 juta orang. 80% organisasi yang terlibat mensasarkan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dengan kehadiran delegasi usahawan dari negara – negara yang terlibat serta penganjuran program perniagaan. Objektif Expo 2020 adalah untuk menggalakkan kerjasama serta penawaran peluang – peluang pelaburan dan pembangunan masa hadapan. Penglibatan Malaysia dalam Expo ini mulai tahun 1970 sewaktu World Expo 1970 di Osaka, Jepun dan mulai 1995 Malaysia telah menjadi ahli kepada BIE bagi mengukuhkan penglibatan Malaysia dalam pameran ini.
Minggu Selangor di Ekspo 2020 Dubai berlangsung pada 6 hingga 12 Mac 2022 yang diselaraskan oleh pihak Invest Selangor turut dihadiri oleh 16 agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta swasta untuk meneroka peluang-peluang pelaburan dan perniagaan di negara UAE dan
Negara-negara GCC serta negera-negara Eropah. Antara agensi kerajaan dan swasta yang turut serta bersama Invest Selangor adalah seperti;-
1. Menteri Besar Selangor Inc. (MBI)
2. Invest Selangor Berhad
3. Tourism Selangor
4. Sepang Gold Coast
5. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
6. Central Spectrum Sdn. Bhd
7. KDEB Waste Management
8. Lembaga Pelabuhan Klang
9. Northport (Malaysia) Berhad
10. Westports Holding Berhad
11. Port Klang Free Zone
12. Halal International Selangor
13. Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC)
14. Cyberview Sdn. bhd
15. SSDU Sdn. Bhd
16. SIDEC Sdn. Bhd bersama 5 syarikat StartupsTema utama Minggu Selangor adalah Smart Selangor Towards a Productive, Livable and Sustainable Future as a Smart State memberi penekanan kepada pengukuhan teknologi dan infrastruktur bandar pintar disamping mengalu-ngalukan projek pembangunan dan pelaburan dalam pelbagai sektor daripada kecekapan tenaga, bangunan mampan, pengurusan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi kitar semula (waste to energy) yang membantu mengurangkan pelepasan gas beracun, isu kesesakan lalulintas hingga kepada penyelesaian penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk
Bagi menjadikan Selangor sebagai Global Trading Hub dan secara strategik menjadikan Selangor sebagai Gateway to ASEAN, Minggu Selangor mempromosikan lima kluster industri untuk menarik pelaburan iaitu Elektrik dan Elektronik, Sains Hayat (Bioteknologi), Pengangkutan dan Peralatan (Aeroangkasa), Mesin & Peralatan, serta Makanan & Minuman. Disamping itu, ekosistem di dalam kluster perkhidmatan yang baru diperkenalkan dalam pelaburan logistik dan digital juga sedang diperkukuh dan diberi penekanan di dalam Minggu Selangor.
Pelaburan, Infrastruktur & Utiliti, Halal, Ekonomi Hutan dan Pelancongan & Kebudayaan merupakan bidang yang diberi keutamaan pada Minggu Selangor bagi mempromosikan negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan serta meneroka peluang-peluang perniagaan baru.
Sesi penerangan dan perkongsian serta sesi ‘B2B Meeting’ diadakan bagi mempromosikan lima bidang ini seperti butiran berikut:
1. Pelaburan
a. Bandar Pintar
b. 5 Kluster industryi. Elektik dan Elektronik
ii. Sains Hayat
iii. Pengangkutan dan peralatan
iv. Jentera dan peralatan
v. Pembuatan makanan dan minumanc. Pelaburan Digital dan Logistik
2. Infrastruktur dan Utiliti
a. Pemaju Taman Perindustrian
b. Perkhidmatan sokongan
c. Pengurusan Pelabuhan3. Halal
4. Pelancongan dan Kebudayaan
5. Ekonomi Hutan -
Berapa jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa pulang ke Selangor?
Jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa pulang ke Selangor tidak dapat dinyatakan ketika ini kerana program Minggu Selangor dalam Expo ini baru sahaja berlangsung pada 6 hingga 12 Mac 2022 yang lalu.