Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

277) WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah hotspot Wifi Smart Selangor yang telah dipasang mengikut daerah.

    Kerajaan Negeri tidak menetapkan jumlah tertentu hotspot Wifi Smart Selangor yang telah dipasang mengikut daerah disebabkan pemasangan tersebut adalah berdasarkan kepada kesediaan infra samaada menggunakan kabel fiber optik atau mempunyai isyarat liputan telekomunikasi tanpa wayar 3G/4G/LTE di lokasi tersebut dan juga kesesuaian lokasi pemasangan yang merupakan lokasi tumpuan

  2. Senaraikan lokasi hotspot Wifi Smart Selangor di Daerah Hulu Selangor

    Beberapa lokasi utama hotspot Wifi Smart Selangor di Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:-

     

    Lobi Utama PDT Hulu Selangor

    1. Bangunan Lama PDT Hulu Selangor
    • Bilik Mesyuarat Seri Bernam, Tingkat 3, PDT Hulu Selangor
    • Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor
    • Pejabat Cawangan Bukit Sentosa, Stesen Bas & Teksi Bukit Sentosa
    • Stadium Millenium, Kompleks Sukan Millenium, Kuala Kubu Bharu
    • Kaunter Unit Penguatkuasaan, PDT Hulu Selangor
    • Kaunter Bahagian Pembangunan, PDT Hulu Selangor dan juga beberapa lokasi bangunan/premis milik individu/swasta seperti yang dilampirkan seperti di atas (Soalan (a) N33 TAMAN MEDAN)
  3. Adakah pemasangan Wifi Smart Selangor akan diteruskan pada tahun 2016?

    tahun 2016, Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada prestasi perkhidmatan WiFi Smart Selangor dari segi indeks penggunaan perkhidmatan capaian data internet (Usage Data Statistic) dan juga indeks kepuasan perkhidmatan dari pengguna (Users Satisfaction) untuk membuat penilaian sebelum membuat keputusan samaada pemasangan Wifi Smart Selangor akan diteruskan atau tidak pada tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.