Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

41) WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk WiFi Smart Selangor pada tahun 2017, 2018 dan 2019.

    Jumlah pembayaran yang dibiayai oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI)  kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan (Service Provide “SP”) projek perkhidmatan percuma awam WiFi Smart Selangor dari Januari-2017 sehingga September-2019 adalah seperti berikut:

     

    Pembayaran Jumlah Pembayaran
    Tahun 2017 Tahun 2018 Jan-Sep 2019
    Jumlah (RM) 10,765,158.02 12,551,601.29 6,457,109.77 29,773,869.08
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang memohon Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) bagi menampung kos perbelanjaan WiFi Smart Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meluluskan permohonan lesen Network Facilities Provider NFP dan Network Service Provider NSP kepada SMARTSEL, hanya pada Julai-2019. Memandangkan SMARTSEL masih baru menerima lesen-lesen tersebut, SMARTSEL masih belum memenuhi syarat-syarat asas untuk memohon dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) daripada SKMM.

Lampiran

Tiada Lampiran.