Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
22) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf kelajuan Wifi Smart Selangor daripada 8Mbps kepada 30Mbps atau lebih?
Bermula pada Julai 2020, Kerajaan Negeri Selangor telah menaiktaraf kelajuan WiFi Smart Selangor daripada 30Mbps, 50Mbps kepada 100Mbps sehingga 800Mbps bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna (user experience) untuk melayari internet secara optimum.