Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
2) WIFI SELANGORKU PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kandungan perkhidmatan WiFiSelangorku yang akan diberikan percuma kepada rakyat?
Perkhidmatan WiFi Selangorku yang diberikan percuma adalah kemudahan capaian internet kepada rakyat untuk mencapai maklumat secara online terutamanya capaian kepada aplikasi online Kerajaan Negeri seperti permohonan bantuan kerajaan dan bayaran cukai. Rakyat juga boleh mendapatkan maklumat perkembangan terkini Kerajaan Negeri melalui Laman Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Laman Web Menteri Besar, TV Selangor dan Selangorkini. Selain itu juga kemudahan ini dapat meningkatkan pengetahuan rakyat Negeri Selangor dengan capaian ke internet yang tiada sempadan.
-
Bagaimana kewujudan internet berkelajuan tinggi mampu memberdaya Ekonomi Hawa berbanding golongan lain? Apakah kaedah yang digunakan?
Pelbagai kelebihan dan kemudahan internet boleh dimanfaatkan untuk memberdayakan Ekonomi Hawa, antaranya melalui Industri Kecil Sederhana (IKS). Pasaran terbuka secara online dapat diwujudkan bagi mempromosikan produk-produk yang di hasilkan ke seluruh dunia. Pendedahan kepada dunia luar bagi meningkatkan kualiti produk yang akan dihasilkan serta memberi banyak pilihan pembekal melalui pasaran terbuka internet.