Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
201) WIFI SELANGORKU DUN MERU DIPERUNTUKN 119 HOTSPOT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dimanakah lokasi tersebut?
Lokasi Hotspot DUN Meru yang disediakan berasaskan taburan penduduk adalah seperti berikut:
BIL ALAMAT 1 JKKK KAMPUNG TOK MUDA, 42200 KAMPUNG TOK MUDA 2 WISMA HARP SOON, NO. 155 A, JALAN MERU 3 7 & 9, JALAN MUAFAKAT 1, TAMAN MERU SELATAN, BATU 5 1/2
4 ALC COLLEGE KLANG, JALAN KAPAR KLANG SELANGOR 5 ARENA 89, JALAN SUNGAI JATI,41000 KLANG 6 AYAMAS JALAN NANAS, 41400 KLANG 7 BALAI PENGHULU MUKIM KAPAR, 42100, RANTAU PANJANG 8 JALAN 36 TAMAN BUNGA MELOR 9 JALAN PEPAUH 1, PEKAN MERU 41050 KLANG 10 KLANG PARADE 11 KLANG SENTRAL 2 12 LOT 2312, JALAN ISKANDAR, KG BUKIT KAPAR, SELANGOR
13 LOT 3570, BATU 12 1/2, KAMPUNG BATU 12, 42200 KAPAR 14 MASJID BANDAR DIRAJA KLANG 15 MASJID DATO DAGANG 16 MASJID SIRAJUDDIN AL ANUAR,KG BATU BELAH 17 MASJID AS SYARIF 18 NO. 37, JALAN SUNGAI KAPAR 3K SELANGOR 19 NO.16 KEDAI MPK, PERSIARAN HAMZAH ALANG, MERU 20 PASAR BESAR KAPAR, JALAN RAJA ALANG MOKHTAR 4,
21 PASAR BESAR MERU, JALAN MERU 22 PERSIMPANGAN JALAN SALLEH & JALAN KASSIM, KG MERU 23 PIZZA HUT KAPAR 24 PUBLIC MUTUAL KLANG 25 RESTORAN YUSOF CORNER, JALAN ZAPIN 1A -
Senarai lokasi penggunaan dan waktu tertinggi penggunaan
Secara keseluruhannya waktu paling tinggi penggunaan WiFi adalah di antara jam 2:00 tengahari sehingga jam 6:00 petang.
-
Adakah penetapan lokasi hotspot mencapai sasaran kepada pengguna?
Sasaran hotspot WiFi Smart Selangor adalah tempat tumpuan orang ramai seperti kompleks membeli belah, balai raya, medan selera, stesen bas, pangsapuri, kolej dan sebagainya, terutamanya di kawasan berpendapatan rendah dan luar bandar. Walaubagaimanapun pemasangan hotspot banyak bergantung kepada kemudahan infrastruktur yang sedia ada.
Penggunaan purata perkhidmatan WiFi yang dipasang di kawasan DUN Meru sebanyak 21,000 sesi sebulan adalah menggalakkan dan masih ada ruang untuk dioptimakan penggunaannya. Beberapa hotspot sedia ada sedang dalam proses pemasangan semula ke kawasan berpendapatan rendah dalam kawasan DUN Meru.