Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
48) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini penambahbaikan infrastruktur digital WIFI Selangorku?
WIFI Selangorku telah dijenamakan semula sebagai WiFi Smart Selangor. Sejak SMARTSEL diberi tanggungjawab oleh MBI untuk menguruskan program ini secara rasmi bermula Januari 2019 bagi kawasan dan perkakasan yang mempunyai kapasiti dan berupaya untuk menampung keupayaan dalam memberikan perkhidmatan, pihak SMARTSEL telah berjaya untuk meningkatkan kelajuan purata bagi satu (1) pengguna (peruser speed)) daripada 1Mbps kepada 4Mbps. SMARTSEL juga telah berjaya meningkatkan kelajuan ‘backhaul’ untuk kawasan yang menggunakan gentian optik kepada 100Mbps. SMARTSEL juga dalam perancangan tahunan menyasarkan akan menambah sejumlah 500 AP atau Hotspot untuk tahun 2019. Di samping itu, pihak SMARTSEL juga sentiasa mengukuhkan operasi rangkaiannya dengan mengendalikan Network Operating Centre (NOC) sebagai pusat khidmat sehenti.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membentuk jawatankuasa infrastruktur digital dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star yanng bertajuk "Improving SelangorÕs Digital Infrastructure" pada 20 Mac 2019?
Kerajaan Negeri telah membentuk Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri Selangor dan mesyuarat pertama telah diadakan pada 23 Januari 2019 dan turut melibatkan syarikat-syarikat telekomunikasi dan agensi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y.B. Ir. Izham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta di terajui oleh SSDU dan SMARTSEL. Pelan dan usaha Kerajaan Negeri untuk mencapai status “Premier State” menjelang tahun 2025 telah dibincangkan bagi mengkoordinasi pembangunan infrastruktur digital di seluruh Selangor.