Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
190) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status terkini penambahan lokasi Wifi Selangorku di setiap DUN tahun ini
Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan lokasi perkhidmatan internet WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Program ini dinamakan WiFi Selangorku. Penempatan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Pada masa kini tiada penambahan lokasi WiFi Selangorku dibuat, cuma perubahan lokasi WiFi Selangorku telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan internet percuma ini kepada lokasi yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi.
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk pemindahan Wifi Selangorku mengikut DUN pada tahun 2014.
Melalui keputusan Mesyuarat STANCO STI yang telah diputuskan. Satu perjumpaan bersama pihak Pejabat DUN dan Pejabat Penyelarasan DUN yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan WiFi Selangorku ini telah diadakan bagi mendapatkan input di setiap lokasi berkaitan keberkesanan dan kesesuaian hot spot WiFi Selangorku sedia ada. Beberapa cadangan penambahbaikan dan penyelesaian telah diambil kira dan dimaklumkan kesemua wakil yang hadir. Lokasi-lokasi hot spot yang tidak bersesuaian dicadangkan untuk dialihkan kepada lokasi yang lebih strategik agar lebih memberi manfaat kepada rakyat.
Sehingga bulan Mei 2014 sebanyak 12 lokasi penempatan semula WiFi Selangorku telah diproses berdasarkan semakan kemudahan infrastruktur di lokasi baru adalah seperti berikut :
Bil ADUN Kos 1 N16 – Batu Caves RM 3,495.00 2 N15 – Taman Templer RM 3,495.00 3 N14 – Rawang RM 3,495.00 4 N14 – Rawang RM 3,495.00 5 N38 – Paya Jaras RM 3,495.00 6 N38 – Paya Jaras RM 3,495.00 7 N27 – Balakong RM 3,495.00 8 N23 – Dusun Tua RM 3,495.00 9 N01 – Sungai Air Tawar RM 3,495.00 10 N24 – Semenyih RM 3,495.00 11 N24 – Semenyih RM 3,495.00 12 N05 – Hulu Bernam RM 3,495.00 Kos Keseluruhan RM 41,940.00 Namun begitu masih terdapat lagi permohonan pertukaran lokasi WiFi Selangorku yang sedang di proses berdasarkan kesesuaian dan kemudahan infrastruktur perkhidmatan talian internet di kawasan permohonan