Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
44) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak lokasi hotspot WiFi Selangor sekarang?
Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan lokasi perkhidmatan internat
WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Program ini dinamakan WiFi Selangorku. Penempatan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasankawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
-
Siapakah syarikat pembekal perkhidmatan dan berapa banyak bayaran perlu dibayar?
Syarikat yang dilantik untuk menguruskan pemasangan dan penyediaan perkhidmatan internet percuma di bawah program WiFi Selangorku ini adalah Syarikat Extol Corporation (M) Sdn. Bhd.
Kos bagi menyediakan kemudahan WiFi Selangorku ini adalah sebanyak RM
2,747,959.86 yang melibatkan sewaan kemudahan internet selama 2 tahun di 112 lokasi di seluruh negeri Selangor. Peruntukan ini dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi Geran Selangorku.
-
Berapa banyak kali perkhidmatan ini telah terputus sejak dilancarkan?
Rumusan Laporan Purata Perkhidmatan Wifi Selangorku sejak diperkenalkan bermula daripada April 2013 – Mac 2014 adalah seperti di rajah di bawah :
Rajah 1
Sepanjang perkhidmatan WiFi Selangorku ini di lancarkan, sebanyak 70% perkhidmatan dapat dijalankan dengan lancar, manakala hanya 30% perkhidmatan tergendala.
Rajah 2
Perkhidmatan tergendala ini disebabkan beberapa faktor di antaranya berpunca daripada :
- Kerosakan perkakasan = 35%
Perkakasan seperti “Access Poit”(AP), Switch, POE Adapter, Modem ISP mengalami kerosakan dan gagal berfungsi dengan baik. Kerosakan ini berlaku adalah disebabkan seperti terkena pancaran kilat, arus berlebihan dan faktor cuaca.
- Gangguan daripada Sektor ISP = 30%
Talian perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat ISP mengalami gangguan teknikal seperti kabel gentian terputus. Kerosakan pada pancaran antena syarikat ISP menyebabkan keadaan setempat tidak mendapat talian internet.
- Pengguna = 35%
Terdapat beberapa kes gangguan disebabkan oleh pengguna sendiri seperti menutup bekalan kuasa selepas waktu bekerja di pejabat, tersalah pemasangan kedudukan kabel ketika membuat ubahsuai lokasi/pejabat serta ada juga yang mengalihkan peralatan tanpa pengetahuan pihak DUN.