Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
144) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini WIFI Selangorku?
Melalui keputusan Mesyuarat STANCO STI yang telah diputuskan. Satu perjumpaan bersama pihak Pejabat DUN dan Pejabat Penyelarasan DUN yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan WiFi Selangorku ini telah diadakan bagi mendapatkan input di setiap lokasi berkaitan keberkesanan dan kesesuaian hot spot WiFi Selangorku sedia ada. Beberapa cadangan penambahbaikan dan penyelesaian telah diambil kira dan dimaklumkan kesemua wakil yang hadir. Lokasi-lokasi hot spot yang tidak bersesuaian dicadangkan untuk dialihkan kepada lokasi yang lebih strategik agar lebih memberi manfaat kepada
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang telah disalurkan?
Peruntukan yang disalurkan bagi menyediakan kemudahan WiFi Selangorku ini adalah sebanyak RM 2,747,959.86 yang melibatkan sewaan kemudahan internet sebanyak 112 lokasi selama 2 tahun di seluruh negeri Selangor. Peruntukan ini dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi Geran Selangorku.
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi dalam menjayakan Program Wifi Selangorku dan nyatakan nama kontraktor yang dilantik?
Bagi melaksanakan WiFi Selangorku ini terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi. Antara kekangan yang dihadapi semasa melaksanakan projek ini adalah
- Infrastruktur
Walaupun lokasi yang dicadangkan itu begitu strategik dan mendapat permintaan yang tinggi dari segi penggunaannya. Ia masih bergantung kepada infrastruktur yang ada di lokasi tersebut, di mana lokasi tersebut perlu mempunyai kemudahan perkhidmatan internet daripada penyedia perkhidmatan internet sedia ada di pasaran seperti Telekom Malaysia,
Celcom, Maxis dan sebagainya sebelum kerajaan negeri boleh menawarkan perkhidmatan internet percuma kepada rakyat.
- Lokasi
Terdapat beberapa hot spot yang diletakkan di premis persendirian menutup bekalan elektrik selepas waktu bekerja dan pada cuti umum. Ini menyebabkan akses kepada WiFi Selangorku hanya beroperasi pada masa- masa tertentu. Namun begitu perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pejabat dan penyelaras DUN untuk memastikan perkhidmatan ini perlu beroperasi selama 24 jam sehari.
- Masalah Sosial
Beberapa lokasi hot spot perkhidmatan WiFi Selangorku yang diletakkan di kawasan kediaman seperti pangsapuri dan flat terpaksa ditutup selepas jam
12 malam. Mengikut laporan dan tinjauan yang telah dilakukan. Pihak komuniti penduduk di kawasan berkenaan menutup punca bekalan elektrik hot spot tersebut bagi mengelakkan remaja berkumpul dan melepak di kawasan hot spot selepas jam 12 malam dan dikhuatiri akan berlaku masalah sosial yang lain sekiranya perkara ini dibiarkan.
Syarikat yang dilantik untuk menguruskan pemasangan dan penyediaan perkhidmatan internet ini adalah Syarikat Extol Corporation (M) Sdn. Bhd.