Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
174) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah hotspot yang telah berjaya dibina daripada 2,500 hotspot yang dibentangkan dalam bajet 2015?
Setakat 15hb Oktober 2015, sebanyak 884 jumlah hotspot yang telah siap digunakan dan sasaran sebanyak 1,378 jumlah hotspot akan dapat disiapkan sehingga 30hb Oktober 2015 daripada 2,500 hotspot yang telah dibentangkan dalam bajet 2015
-
Nyatakan secara terperinci lokasi dan kos pemasangan setiap hotspot?
Lokasi WIFI hotspot ini diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan awam berdasarkan kepada sasaran pengguna iaitu:-
- Remaja dan pelajar
- Berpendapatan rendah
- Luar bandar
- Pelancong
Jumlah kos pemasangan bagi setiap hotspot adalah dianggarkan sebanyak RM433.50 per lokasi.
-
Berapakah jauhkan jarak radius penerimaan setiap hotspot?
Jarak radius penerimaan setiap hotspot ialah di antara 50 – 100 meter bergantung kepada keadaan sekitar di kawasan tersebut.