Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
237) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah "internet penetration rate" negeri Selangor?
Sehingga kini tiada laporan berkenaan “internet penetration rate” di setiap negeri dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan di Malaysia. Hanya laporan “broadband penetration rate per 100 household” yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi laporan “Communications and Multimedia Pocket Book Of Statistics Q2 2015”. Berdasarkan laporan tersebut, negeri Selangor telah mencapai 75.1% “broadband penetration rate per 100 household” untuk suku tahun kedua 2015.
* Sumber : Laman Web Rasmi SKMM http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/C-M-Q2-2015.pdf
-
Sila senaraikan kontraktor yang membekalkan Wifi Selangorku sejak 2010.
Kontraktor yang membekalkan Wifi Selangorku sejak 2010 adalah seperti berikut:-
2013 – Extol Corporation (M) Sdn Bhd Mac 2015 – Celcom Axiata Berhad
June 2015 – Telekom Malaysia Berhad
-
Nyatakan sama ada tender terbuka diadakan dalam pelantikan kontraktor? Jika tidak, mengapa?
Pemilihan pembekal perkhidmatan WIFI Selangorku adalah seperti berikut:-
Tahun Kontraktor Kaedah Perlantikan Pembekal 2013 Extol Corporation (M) Sdn Bhd Penelitian dan perbandingan dibuat terhadap semua cadangan yang diterima (10 cadangan). Perlantikan berdasarkan tawaran pembekalan yang menepati kriteria dengan harga paling kompetitif. Mac 2015 Celcom Axiata Berhad Penelitian dan perbandingan dibuat terhadap semua cadangan yang diterima (11 cadangan). Perlantikan berdasarkan tawaran pembekalan yang menepati kriteria dengan harga paling kompetitif. Jun 2015 Telekom Malaysia Berhad Penelitian dan perbandingan dibuat terhadap semua cadangan yang diterima (12 cadangan). Perlantikan berdasarkan tawaran pembekalan yang menepati kriteria dengan harga paling kompetitif.